KL CHRONICLE: PKR
Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Friday, August 1, 2014

Sekali Lagi @khalid_ibrahim Tibai @rafiziramli , Jamin Harga Air Tidak Naik Selepas Perjanjian Dengan Putrajaya

@rafiziramli sekali lagi menipu rakyat Selangor 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun akan datang selepas kejayaan penstrukturan semula industri air di negeri terkaya Malaysia itu.

Khalid yang sedang ditekan PKR untuk meletakkan jawatan sehingga menimbulkan keretakan Pakatan Rakyat (PR) menandatangani perjanjian itu antara  kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Monday, July 14, 2014

Kini @Khalid_Ibrahim nafi akan sertai PAS

Gambar perjumpaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dimuat naik di Facebook semalam yang menimbulkan spekulasi penghijrahan beliau kepada PAS. – Gambar Facebook Abdul Khalid Ibrahim, 13 Julai, 2014.

Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan khabar angin beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai parti itu selepas penyebaran gambar pertemuan tersebut di laman Facebook miliknya.

Sunday, July 13, 2014

Kini @anwaribrahim Buat U-Turn, Kata tidak perlu tergesa-gesa tukar MB Selangor

Ketua Umum PKR kini buat U-Turn di Selangor
Pakatan Rakyat tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata perbincangan untuk menyingkirkan Abdul Khalid dilakukan secara dalaman dan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas perkara itu.

Thursday, July 10, 2014

Selepas Kena Tibai dengan @khalid_Ibrahim , @anwaribrahim Kata Jawatan MB #Selangor bukan milik individu

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas Tan Sri Khalid Ibrahim dengan mengatakan jawatan menteri besar Selangor bukan milik individu, tetapi adalah jawatan milik parti. 

Anwar berkata, jawatan tersebut adalah mandat yang diberikan menerusi rakyat dan parti.

Wednesday, July 9, 2014

@Rafiziramli tewas rebut naib presiden PKR, @Shamsuliskandar Menang Tipis

Perancang utama #KajangMove ditolak oleh akar umbi PKR
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli terkeluar daripada senarai empat teratas calon naib presiden PKR apabila berada di belakang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Tuesday, July 8, 2014

NGO Pro Pembangkang Dapur Jalanan Masih tidak puas hati Selepas Perjumpaan dengan Putrajaya

NGO Dapur Jalanan dianggotai oleh Ahli- ahli Bersih, Adam Adli dan Hisham  Rais
Badan bukan kerajaan‎ (NGO) Pro Pembangkang Dapur Jalanan masih tidak berpuas hati dengan hasil mesyuarat bersama Putrajaya pagi tadi kerana dikatakan tiada pendekatan dan jalan penyelesaian dikemukakan kerajaan bagi mengatasi masalah golongan tidak berumah dan pengemis di ibu kota.

Monday, July 7, 2014

WoW! Pusat Judi Lumba Kuda Terbesar Di Asia Bakal Dibina di Hulu Selangor, PAS tak nak berdemo ke?

Pusat Judi Lumba Kuda terbesar di Selangor, satu lagi usaha murni PAS. Takbir!!

Alahai, layu sungguh Pemuda PAS Selangor dan Malaysia sampai diam seribu bahasa bila kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbangkan permohonan sebuah syarikat Cina yang dikatakan rapat dengan sebuah parti politik pembangkang untuk membina sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Hulu Selangor. 

Tidak Mahu Lepas Jawatan MB, Kini Shamsul Iskandar Bidas @khalid_ibrahim

"Khalid Ibrahim dangkal" , Shamsul Iskandar

Ketua Angkatan Muda (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin terus mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.



Biarpun berdepan tindakan disiplin dan telah diberikan surat tunjuk sebab, Shamsul dengan lantang mendesak Abdul Khalid supaya patuh kepada desakan supaya beliau meletak jawatan.

@khalid_ibrahim Letak Jawatan Menteri Besar Selangor

@Anwaribrahim mahu isterinya @drwanazizah menjadi Menteri Besar yang baru
Pagi ini bermacam WhatsApp yang diterima mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan akibat tekanan dan desakan oleh barisan kepimpinan tertinggi PKR. Namum begitu, sehingga pukul 1.30 pm hari ini, Khalid Ibrahim masih belum menghadap DYMM Sultan Selangor untuk melepaskan jawatan beliau. 

Sunday, July 6, 2014

"Langkah Kajang" @rafiziramli Punca Utama Perpecahan Dalam PKR

"Kajang Move" Rafizi gagal 

TINDAK tanduk Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang dikatakan dalang mencipta ‘Langkah Kajang’ dikritik hebat dari dalam dan luar partinya sendiri.

Ini sehinggakan ada yang mendesak dia meletak jawatan sahaja kerana tindakannya itu merosakkan sehingga membawa kepincangan kepada perpaduan ahli dalam parti itu.

Sekali Lagi @khalid_ibrahim Tibai @anwaribrahim


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pentadbiran kerajaan negeri dibidas oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.

Saturday, July 5, 2014

[Breaking News] Haji Hadi Nafi Terbabit Komplot Jijik Singkirkan @khalid_Ibrahim , Roslan Bistaman Kantoi Menipu

Artikel Fitnah yang dikeluarkan Free Malaysia Today

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukan Menteri Besar Selangor.


Wednesday, June 25, 2014

Selangor Akan Teruskan Operasi Banteras Bible Bahasa Melayu dan Iban


Majlis Agama Islam Selangor mengatakan mereka akan meneruskan operasi membanteras pengedaran Bible berbahasa Melayu dan Iban di negeri berkenaan melalui JAIS . JAIS adalah agensi dibawah kerajaan negeri Selangor.


Tuesday, June 24, 2014

@Khalid_Ibrahim Jangan Tidur, Sampah di Seksyen 7 Shah Alam Sapa Nak Kutip?


Saya merujuk kepada gambar diatas yang diambil oleh seorang penduduk Seksyen 7 Shah Alam dimana lori sampah yang sepatutnya datang mengutip sampah dikawasan kediaman mereka tidak muncul menyebabkan keadaan yang tidak menyenangkan bagi penduduk di kawasan flat tersebut. Persoalan saya kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, what the Fuck are you doing? 


Friday, June 20, 2014

After PKR and DAP, Selangor PAS now rejects Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim is losing his Pakatan Rakyat’s colleagues’ support as Selangor menteri besar, who accuse him of ignoring them when it comes to handling of major issues in the country's wealthiest state. 

After enjoying PAS’s unquestioned support for six years, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim’s job as Selangor menteri besar is now on shaky ground, with the Extremist party's state chapter joining Anwar's PKR and Ultra Chinese DAP in calling for his removal over his handling of major issues without consultation in the country's wealthiest state.


Thursday, June 19, 2014

Akhirnya, @NSurendrann digantung enam bulan lagi


Ahli Parlimen Kontroversi Padang Serai N Surendran sekali lagi digantung daripada Dewan Rakyat selama enam bulan.apabila usul berkenaan dipersetujui di Parlimen selepas usul diluluskan tanpa dibahas.



Sunday, June 8, 2014

PKR Semakin Huru Hara, Bakal Lenyap dari Malaysia



Malang dan terus malang. Pemilihan dalaman yang tunggang-langgang, politik wang yang ternyata masih dipraktikkan , penyokong parti yang tindak-tanduknya seperti samseng, dakwaan dari ahli parti sendiri bahawa terdapat penipuan dalam proses pemilihan parti dan juga isu-isu di Selangor yang tidak berkesudahan. Berapa lama parti yang masih muda jika dibandingkan dengan DAP dan PAS ini dapat bertahan?

Saturday, June 7, 2014

Sebab Kenapa Saya Bersetuju Dengan Khalid Ibrahim Pasal Isu KIDEX



Mereka ini yang protest pembinaan KIDEX
Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh media Pro-Pembangkang The Malaysian Insider bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerajaan Negeri Selangor akan tetap meneruskan projek Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) walaupun diberi tekanan hebat oleh Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo & juga penduduk di kawasan Petaling Jaya, 

Monday, June 2, 2014

Habiskan RM 100,000 Sebulan, Ini Bukti Pembaziran Kerajaan Barisan Nasional


Kerajaan Barisan Nasional nampaknya sekali lagi membazir wang rakyat sebanyak hampir RM100,000 sebulan untuk membayar gaji beserta elaun tiga (3) orang Ahli Parlimen/ADUN yang tidak memberi apa-apa sumbangan kepada negara bahkan semakin menjahanamkan negara dengan politik tidak matang dan bersifat hasad dengki. 


Cina bodoh jika masih undi BN, kata @Anwaribrahim

Bodoh, Bodoh, Bodoh....

KLChronicle : Artikel diatas telah dikeluarkan oleh portal Pembangkang The Malaysian Insider. Akhirnya akibat marah terhadap Anwar Ibrahim yang memanggil mereka bodoh, orang Cina telah mengundi calon Barisan Nasional Datuk Mah dan memastikan BN menang di Teluk Intan. Persoalanya sekarang, siapa yang Bodoh? Adakah orang Cina atau Anwar Ibrahim?


Selepas segala "kritikan" yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kaum Cina ‎di Malaysia bodoh sekiranya mereka masih mengundi parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget