KL CHRONICLE: NGO Pro Pembangkang Dapur Jalanan Masih tidak puas hati Selepas Perjumpaan dengan Putrajaya

Tuesday, July 8, 2014

NGO Pro Pembangkang Dapur Jalanan Masih tidak puas hati Selepas Perjumpaan dengan Putrajaya

NGO Dapur Jalanan dianggotai oleh Ahli- ahli Bersih, Adam Adli dan Hisham  Rais
Badan bukan kerajaan‎ (NGO) Pro Pembangkang Dapur Jalanan masih tidak berpuas hati dengan hasil mesyuarat bersama Putrajaya pagi tadi kerana dikatakan tiada pendekatan dan jalan penyelesaian dikemukakan kerajaan bagi mengatasi masalah golongan tidak berumah dan pengemis di ibu kota.




Koordinator Dapur Jalanan Hadi Khalid berkata, berdasarkan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, kementerian gagal memahami isu sebenar dan cuma melihat dari segi imej kebersihan dan kesihatan golongan tidak berumah, pengemis dan bandar sahaja.



"Kementerian tidak memahami isu sepenuhnya kerana mereka lihat dari segi imej kebersihan Kuala Lumpur.



"Kami pula datang ke mesyuarat kerana nak bawa isu warga miskin kota tetapi tidak ada apa-apa jalan penyelesaian dapat dicapai‎," katanya di Petaling Jaya, hari ini.



Kementerian Wilayah juga dijangka mengadakan perjumpaan kedua bersama NGO tetapi Hadi menegaskan, Putrajaya sebaliknya perlu mengadakan pertemuan empat mata dengan golongan tidak berumah dan pengemis, bukannya melalui NGO jika mahu masalah ini selesai. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget