KL CHRONICLE: @Rafiziramli tewas rebut naib presiden PKR, @Shamsuliskandar Menang Tipis

Wednesday, July 9, 2014

@Rafiziramli tewas rebut naib presiden PKR, @Shamsuliskandar Menang Tipis

Perancang utama #KajangMove ditolak oleh akar umbi PKR
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli terkeluar daripada senarai empat teratas calon naib presiden PKR apabila berada di belakang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar.



Keputusan rasmi sehingga 28 Jun itu menunjukkan Xavier mendahului Rafizi dengan 126 undi apabila Xavier memperolehi 17,587 undi manakala  ahli Parlimen Pandan itu hanya memperolehi 17,061 undi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang juga penyandang kerusi naib presiden Nurul Izzah Anwar kekal mendahului dengan 27,031 undi meninggalkan Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang yang memperolehi 20,480 undi.

Keputusan berkenaan turut menunjukkan Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berjaya berada di kedudukan ketiga teratas, apabila memperolehi 18,777 undi.

Keputusan berkenaan adalah dari 195 cabang daripada 198 cabang PKR seluruh negara.

Cabang Kelana Jaya dan Puchong masih lagi belum melalui proses pengundian, manakala keputusan cabang Pensiangan masih lagi belum disahkan setakat ini.

Proses pemilihan terakhir PKR dijangka berlangsung pada 10 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul berkata, keputusan penuh pemilihan kali ini hanya akan didedahkan pada Konvensyen Nasional PKR di Shah Alam pada 22 hingga 24 Ogos depan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget