KL CHRONICLE: Selangor Akan Teruskan Operasi Banteras Bible Bahasa Melayu dan Iban

Wednesday, June 25, 2014

Selangor Akan Teruskan Operasi Banteras Bible Bahasa Melayu dan Iban


Majlis Agama Islam Selangor mengatakan mereka akan meneruskan operasi membanteras pengedaran Bible berbahasa Melayu dan Iban di negeri berkenaan melalui JAIS . JAIS adalah agensi dibawah kerajaan negeri Selangor.




Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa (gambar) berkata, sekiranya terdapat pihak yang mengedarkan Bible berkenaan, pihaknya akan membuat tangkapan.

"Proses ini akan berterusan dan kita akan tangkap juga," katanya semasa berucap dalam majlis penutup Konvesyen Pemerkasaan Ummah Peringkat Kebangsaan 2014 di Kompleks Tabung Haj, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menolak keputusan dibuat peguam negara yang menutup kes tersebut kerana alasan diberikan tidak kukuh.

"Kami terima keputusan tidak didakwa kerana itu kuasa peguam negara dan akur dengannya.

"Tapi kami tidak bersetuju dengan sebab dan alasan ia tidak didakwa," katanya.

Malah, Mohamad Adzib juga menegaskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mempunyai kuasa untuk menghapuskan Bible rampasan tersebut.

"Apa kita nak buat dengan buku rampasan, sebenarnya pihak Jais boleh hapuskan dengan sendiri.

"Tapi sebab kita pentingkan keharmonian dan keadilan, kita pulangkan kepada pendakwaraya untuk diadili di mahkamah," katanya.

Pada 2 Januari lalu, Jais merampas 321 kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan menimbulkan kontroversi serta kritikan banyak pihak.

Dua pegawai PBM iaitu pengerusinya Lee Min Choon dan Sinclair Wong diarahkan ke Balai Polis Damansara untuk diambil keterangan mereka dan hanya dilepaskan dua jam kemudian.

Peguam negara juga mengeluarkan arahan supaya menutup kes tersebut, namun Mais dan Jais enggan melakukan demikian.

Malah, Mais bertegas supaya isu pemulangan tersebut diselesaikan di mahkamah. Mohamad Adzib juga memberitahu pihaknya baru menghantar surat kepada pihak pendakwaraya pada Isnin baru-baru ini.

Kontroversi itu berlanjutan dan menyebabkan Sultan Selangor bertitah supaya Jais merujuk hal pemulangan kitab Bible kepada pendakwaraya dan mahkamah agar dapat menentukan sama ada ia dapat dikembalikan atau tidak.

Hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Bible tersebut masih dalam simpanan Jais dan belum dilupuskan. – 25 Jun, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget