KL CHRONICLE: Sebab Kenapa Saya Bersetuju Dengan Khalid Ibrahim Pasal Isu KIDEX

Saturday, June 7, 2014

Sebab Kenapa Saya Bersetuju Dengan Khalid Ibrahim Pasal Isu KIDEX



Mereka ini yang protest pembinaan KIDEX
Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan oleh media Pro-Pembangkang The Malaysian Insider bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerajaan Negeri Selangor akan tetap meneruskan projek Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) walaupun diberi tekanan hebat oleh Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo & juga penduduk di kawasan Petaling Jaya, 



Pada pandangan saya, rakyat di Selangor khususnya sudah semakin besar kepala semenjak mereka mengundi Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri. Mereka berpendapat kerajaan negeri HARUS & WAJIB mendengar segala pendapat mereka berkaitan hal pentadbiran negeri. Macamlah Menteri Besar dan EXCO yang dipilih oleh rakyat ini semua bodoh dan tidak dapat berfikir dengan baik. 

Menteri Besar telah memberikan penjelasan yang terang berkaitan KIDEX iaitu: 

"Adalah baik untuk kita mendengar penerangan bagaimana perancangan untuk selesaikan kesesakan jalan raya hari ini dan 20 tahun akan datang.

"Sebagai profesional, saya tidak boleh buat keputusan atas desakan hanya berlandaskan pemikiran politik saja tetapi kena ambil kira kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini [The Malaysian Insider]

There you go, projek KIDEX dilakukan adalah untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh rakyat Selangor & Kuala Lumpur SETIAP hari bila hendak ke tempat kerja. Bila ada kesesakan lalu-lintas, rakyat complain kata kerajaan tidak buat apa-apa, tetapi bila rakyat ambil inisiatif sebegini rakyat juga komplain pula benda ini tidak betul. Saya rasa orang di Petaling Jaya yang bantah KIDEX ini semua sakit otak dan pentingkan diri sendiri sahaja. 

Pada hemat saya, kes KIDEX ini akan menjadi seperti kes Project Langat 2, bangkang dari longkang oleh rakyat Selangor akhirnya semua penduduk Selangor & Wilayah Persekutuan tidak ada air. Kan Bodoh namanya tu. NGO SAY NO TO KIDEX ini pun biadap dan kurang ajar, bila pihak KIDEX buat engagement mereka serang pihak KIDEX macam orang tak ada pendidikan. Sila Lihat VIDEO dibawah:




Dengan sikap macam ini, memang orang Selangor terutamanya orang dalam Video diatas semua sakit otak dan hanya suka bangkang apa saja pembangunan yang dibawa oleh rakyat kerana sifat pentingkan diri sendiri mereka. Dulu mereka buat dengan kerajaan BN, sekarang kerajaan PR pun kena dengan puak ni. Good luck kepada kerajaan Baru (jika ada) selepas PRU-14 nanti hendak melayan puak-puak ini. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget