KL CHRONICLE: Akhirnya, @NSurendrann digantung enam bulan lagi

Thursday, June 19, 2014

Akhirnya, @NSurendrann digantung enam bulan lagi


Ahli Parlimen Kontroversi Padang Serai N Surendran sekali lagi digantung daripada Dewan Rakyat selama enam bulan.apabila usul berkenaan dipersetujui di Parlimen selepas usul diluluskan tanpa dibahas.








Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee mengambil keputusan itu selepas usul itu pada awalnya dibuka untuk perbahasan.




Susulan keputusan Parlimen itu, ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) mula bertindak liar dengan melaungkan "rubber stamp" ketika sidang Dewan Rakyat.




"Sah, Parlimen kita macam 'rubber stamp'. Kita membantah keras cara Parlimen diperalatkan begini.




"Kita tidak boleh bahas usul yang dibentang," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemberita sejurus keluar dari Dewan Rakyat.




Anwar berkata, istilah "rubber stamp" itu juga pernah digunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Parlimen kepada Tunku Abdul Rahman. – 19 Jun, 2014.




MENYUSUL LAGI   


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget