#KLChronicle : Saya berasal kesal dengan tindakan pemimpin PKR di Selangor. Diwaktu rakyat sedang bersusah payah dengan ketiadaan air, pemimpin PKR masih sibuk berpolitik sesama sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat. Terima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang telah mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik sempit Rafizi Ramli dan PKR.
Saya juga berharap Tan Sri dapat terus menerajui negeri Selangor dengan sebaik mungkin tanpa diganggu oleh "pihak yang satu lagi" yang sentiasa mencari salah dan silap Tan Sri. Insyallah.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini membidas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semua air Selangor boleh mencecah sehingga RM20 bilion sebagai hanyalah satu andaian.