Penulis berasa sungguh terkilan dengan sikap busuk hati dan dengki @anwaribrahim terhadap usaha murni kerajaan Malaysia bersama 11 buah negara lain dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa kapal terbang #MH370.
Dari pengamatan penulis, setakat 6 hari kes kehilangan MH370 tidak ada seorang pun pemimpin dari pembangkang yang hadir ke KLIA untuk memberi sokongan moral mahupun bantuan kewangan kepada keluarga mangsa.
Selain itu, pihak pembangkang cuba pula mensabotaj usaha kerajaan dengan menyebarkan berita palsu dengan menggunakan pelbagai medium seperti bomoh dan sebagainya. Saya tertarik dengan isu bomoh ini kerana jika kita lihat latar belakang bomoh ini, beliau telah "diengage" oleh pembangkang dalam banyak kempen sebelum ini. Sila lihat gambar dibawah:
Melihat kepada perkara diatas, saya menyeru pihak pembangkang untuk hentikanlah sikap hasad dengki dan busuk hati. Guna tenaga yang ada untuk membantu kerajaan mencari #MH370 dan keluarga mangsa. Usahkanlah politikkan isu ini untuk kepentingan peribadi.
Oh and dont get me started with the fake photo that Nga Kor Ming uploaded in FB and Twitter. Shame on you Pakatan Rakyat.
Kepada Allah swt kami berserah.
No comments:
Post a Comment