KL CHRONICLE: Gambar yang Akan "Kuburkan" @anwaribrahim & @drwanazizah di #Kajang

Monday, March 17, 2014

Gambar yang Akan "Kuburkan" @anwaribrahim & @drwanazizah di #Kajang


Penulis berasa sangat kesal dengan tindakan biadap sesetengah pihak yang cuba untuk merosakkan imej calon Barisan Nasional bagi N25 Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun. Gambar beliau yang kononnya memakai bikini kini tersebar dengan luas di laman sosial seperti facebook , blogs dan sebagainya.




Selepas disiasat, rupanya gambar tersebut adalah gambar "superimpose" yang dilakukan oleh golongan tidak bertanggungjawab hanya untuk meraih undi. Penulis difahamkan gambar tersebut disebarkan di PDM majority melayu untuk menggambarkan akhlak calon BN ini tidak baik dan tidak sesuai menjadi seorang ADUN. Persoalanya sekarang siapa akan memperoleh keuntungan jika calon BN Datuk Paduka Chew Mei Fun gagal memenangi kerusi Kajang? Sudah tentulah Wan Azizah dan PKR.



Cara kempen yang dilakukan oleh golongan ini jauh tersimpang dari cara kempen yang dilakukan oleh Barisan Nasional melalui slogan integrity dan kredibiliti dimana BN telah adopt cara kempen yang sihat sesuai dengan demokrasi negara yang matang. Oleh itu saya merayu kepada pengundi DUN Kajang untuk menolak politik jijik dan character assasination seperti yang dilakukan ini.

Keputusan terletak ditangan anda.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget