KL CHRONICLE: Kenyataan karpal Singh Ini Amat Mencurigakan #Kajang #KLChronicle

Friday, March 7, 2014

Kenyataan karpal Singh Ini Amat Mencurigakan #Kajang #KLChronicle


#KLChronicle : Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Karpal Singh kerana mengeluarkan kenyataan dibawah. Ini kerana, dengan kenyataan Karpal Singh ini telah terbukti bahawa peguambela  Anwar cuba menggunakan isu technicality untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari kes sodomi. Sepatutnya, pihak peguambela mengeluarkan kenyataan dengan "menafikan" bahawa Anwar telah meliwat Saiful dan menyediakan bukti yang kukuh (beyond reasonable doubt), tetapi ini tidak dilakukan sebaliknya prosedur pihak polis yang dijadikan "modal" oleh pihak peguambela untuk mematikan kes. 


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan liwat tanpa perlu dipanggil untuk membela diri memandangkan pegawai penyiasat gagal mengikuti arahan pakar patologi forensik dari Hospital Kuala Lumpur semasa mengendalikan sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebagaimana yang diberitahu kepada Mahkamah Rayuan hari ini.
Peguam Karpal Singh berkata, Dr Siew Shue Feng mengarahkan Supt Judy Blacious Pereira untuk menyimpan 12 sampel dalam peti sejuk sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia.
"Integriti sampel tidak diambil kira Pereira kerana beliau menyimpannya di dalam fail kabinet di pejabatnya dan bukannya peti ais," kata beliau dalam hujahnya.
Dr Siew menyerahkan sampel, termasuk swab rektum, yang diambil daripada Saiful untuk ujian DNA.
Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful, bekas pembantunya, di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.
Karpal berkata arahan ketua polis negara tidak menyatakan bahawa seorang pegawai penyiasat boleh mengeluarkan sampel daripada beg dan sebaliknya memasukkan ia ke dalam sampul surat berasingan sebelum melabelkannya.
Beliau berkata sampel diambil di hospital kira 56 jam selepas kejadian dan pegawai polis hanya menyerahkannya 40 jam kemudian kepada pakar kimia hospital kerajaan, Dr Seah Lay Hong kira-kira jam 7.30 petang  pada 30 Jun 2008.
Karpal berkata pihak pembelaan mencabar Dr Seah kerana integriti sampel dikompromi dan pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.
Beliau berkata hakim perbicaraan percaya testimoni dua pakar saksi pembelaan ke atas dua ahli kimia tempatan, termasuk Dr Seah.
"Itul adalah faktor yang menyebabkan hakim memutuskan untuk membebaskan Anwar selepas mendengar keterangan daripada dua pakar asing," katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget