KL CHRONICLE: Kini MCA Tubuhkan Bilik Persediaan PRU-14 di Pasir Gudang, Harap BN Menang Besar di Johor

Monday, February 2, 2015

Kini MCA Tubuhkan Bilik Persediaan PRU-14 di Pasir Gudang, Harap BN Menang Besar di Johor

Dato Seri @LiowTiongLai bersama kepimpinan MCA Pasir Gudang

























Pagi ini kami di #KLChronicle telah mendapat gambar diatas dari salah sebuah WhatsApp group. Caption yang diberikan adalah "Pelancaran Bilik Gerakan Pilihanraya Ke-14 MCA Bahagian Pasir Gudang". Bagi kami di #KLChronicle, pelancaran bilik persediaan ini "took us by suprise" kerana umum ketahui bahawa PRU-14 masih jauh, kira - kira 36 bulan. Namun, tindakan MCA untuk melancarkan bilik gerakan mereka adalah sesuatu yang patut dibanggakan.



Perasmian bilik persediaan MCA bahagian Pasir Gudang ini telah dilakukan oleh Presiden MCA iaitu Dato' Seri Liow Tiong Lai sendiri dimana ini menunjukkan kesungguhan presiden parti untuk memastikan MCA bangkit pada PRU-14 sekaligus bagi memastikan kemenangan solid BN di Johor dan seluruh negara. Bagi kami di #KLChronicle, MCA kini telah bangkit daripada kekecewaan mereka pada PRU yang lepas dan kini bersiap sedia menghadapi cabaran yang akan datang. 

Dato Seri Liow Tiong Lai melihat pecahan PDM di kawasan DUN dan Parlimen Pasir Gudang
Menyedari bahawa MCA merupakan antara parti tunjang Barisan Nasional (BN) sebagai status parti yang mewakili kepentingan masyarakat berbangsa Cina, langkah proaktif MCA ini wajar dicontohi oleh parti-parti komponen BN yang lain. Umum ketahui bahawa BN berada dalam keadaan yang lemah apabila parti komponen tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman mereka. 

Untuk BN meningkatkan prestasi mereka, masalah dalam parti komponen harus diselesaikan dan alhamdulillah kini MCA adalah antari parti komponen yang tidak mempunyai masalah dalaman dan dilihat rajin bekerja untuk kejayaan BN. Ini dapat dibuktikan oleh program berterusan yang dilakukan oleh MCA dan juga NGO mereka iaitu CRSM. CRSM merupakan antara NGO yang paling aktif membantu mangsa banjir di Pantai Timur. 

Secara konklusinya, kami melihat MCA berada "in the right track" untuk memperbaiki pencapaian mereka pada PRU-13 yang lepas. Politik dalaman nampaknya sudah berkubur dalam MCA dan semua ahli parti dari akar umbi hingga ke peringkat tertinggi kini lebih fokus untuk memastikan MCA terus kekal relevan dalam kancah politik tanah air. 

Untuk mendapat lebih info tentang aktiviti MCA sepanjang January 2015, anda boleh melawat link-link dibawah:

6 January 2015
Syarikat NSK Beri Hampir RM 200,000 SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR MELALUI #MCA - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/syarikat-nsk-beri-hampir-rm-200000.html#sthash.pdy7L0P7.dpuf


8 January 2015
MCA Mencari Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir, Jom Join!! @MCAHQ - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/mca-mencari-sukarelawan-bantu-mangsa.html#sthash.e9Ht2Ipg.dpuf

11 January 2015
MCA turun beri bantuan Pakaian & Kasut Sekolah di Kelantan, Pemimpin PAS kat mana? - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/mca-turun-beri-bantuan-pakaian-kasut.html#sthash.m77EW7s6.dpuf

13 January 2015
MCA Sumbang 6,303 Helai Pakaian Seragam Kepada Sekolah di Kelantan #MyBanjir @WeeKaSiongMP @MCAHQ - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/mca-sumbang-6303-helai-pakaian-seragam.html#sthash.GI6ix4Vd.dpuf

17 January 2015
CRSM TERUSKAN USAHA BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR, TIDAK MENGENAL BANGSA DAN AGAMA - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/crsm-teruskan-usaha-bantuan-kepada.html#sthash.SZRZ2kNz.dpuf

19 January 2015
@liowtionglai : MCA Dalam Proses Cungkil Bakat Kepimpinan Baru - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/liowtionglai-mca-dalam-proses-cungkil.html#sthash.L1AdXKGS.dpuf

21 January 2015
Datuk @weekasiongmp Sambut Baik Kenyataan PM @NajibRazak , Yakin SME Akan Terus Berkembang Pesat - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/datuk-weekasiongmp-sambut-baik.html#sthash.Nnh4cneC.dpuf

2 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

siapa 97% cina undi PR PRU 13??ahli MCA??

jgn jadi bodoh!!! said...

siapa 97% cina undi PR PRU 13??ahli MCA??

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget