KL CHRONICLE: CRSM TERUSKAN USAHA BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR, TIDAK MENGENAL BANGSA DAN AGAMA

Saturday, January 17, 2015

CRSM TERUSKAN USAHA BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR, TIDAK MENGENAL BANGSA DAN AGAMA

Datuk Wee Ka Siong pada sidang media di Wisma MCA

Timbalan Presiden MCA Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong dan Ketua CRSM Dato Lua Choon Hann menyeru pemilik kenderaan 4WD untuk tampil menghulurkan bantuan kepada CRSM yang bertungkus lumus menghantar bantuan ke kampung orang asli di pedalaman Gua Musang, Kelantan.



Pelbagai sumbangan diberikan oleh MCA kepada mangsa banjir di Pantai Timur

"CRSM telah mulakan misi menghantar bantuan ke pedalaman kampung orang asli Gua Musang. Di Gua Musang mempunyai lebih kurang 20 perkampungan orang asli, kira-kira 200 keluarga dan 2000 orang penduduk kampung. Namun dalam misi kami baru-baru ini, kami hanya berjaya masuk ke 12 kampung tersebut kerana kereta 4WD yang kami bawa tidak mampu mengharungi keadaan jalan yang amat teruk. Oleh sebab itu kami menyeru pemilik kenderaan 4WD yang lebih tahan lasak dan mampu mengharungi keadaan jalan yang ekstrem untuk tampil menghulurkan bantuan kepada kami dalam misi penghantaran bantuan ke 8 lagi kampung orang asli yang tidak berjaya kami masuk tempoh hari", kata Dato Lua Choon Hann yang mengetuai misi penghantaran bantuan ke perkampungan orang asli 4 hari lepas.

Datuk Wee Ka Siong dan Dato Lua Choon Hann mewakili CRSM untuk menerima sumbangan daripada Persatuan Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) bernilai RM12,000 dan 10,000 set alat tulis oleh pengeluar alat tulis terkemuka Pelikan hari ini di Wisma MCA. 

Dalam majlis yang sama, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong mengucapkan terima kasih kepada Persatuan PKP yang sudi untuk menyumbang kepada tabung mangsa banjir Pantai Timur.

"Walaupun mereka hanya merupakan pegawai kontrak kerajaan, namun mereka mengambil inisiatif untuk menyumbang sebahagian dairpada gaji mereka kepada tabung mangsa banjir. Kampung Baru adalah bawah jagaan saya, dan saya amat bangga dengan tindakan mulia mereka," kata Datuk Wee.

Tambah beliau, MCA bertindak telus dan terbuka dalam pengurusan tabung derma banjir Pantai Timur, dan pihak MCA telah mengemukakan hasil pungutan derma tabung tersebut dari semasa ke semasa untuk semakan orang ramai, terutamanya pihak media.

"Sejak hari pertama tabung bantuan banjir Pantai Timur ditubuhkan, CRSM telah mengambil inisiatif untuk mengumumkan senarai penderma dan jumlah derma melalui laman web dan media setiap hari. Ini menunjukkan CRSM bertindak telus dan amanah dalam menguruskan tabung derma orang ramai. Setakat hari ini, CRSM telah menghantar lebih 1,000 tan barangan bantuan ke kawasan banjir, yang bernilai lebih daripada RM1.8 juta. Barangan tersebut termasuk tilam, pakaian sekolah, selimut dan sebagainya."

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget