KL CHRONICLE: Nik Abduh Sahkan PAS Sudah Lama Tolak Pemilihan PBT , Nampaknya @dapmalaysia @LimKitSiang Cuba Menipu Lagi

Monday, February 2, 2015

Nik Abduh Sahkan PAS Sudah Lama Tolak Pemilihan PBT , Nampaknya @dapmalaysia @LimKitSiang Cuba Menipu Lagi



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mempersoalkan samada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan persoalan berkenaan selepas isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP.  



“Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan dengan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?

"Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya,” kata Nik Abduh menerusi catatan di Facebook semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini memberi amaran pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan jurang antara kaum dan mendorong kepada insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina sahaja.

Nik Abduh berkata, pilihan raya bukan satu-satunya jalan menegakkan keadilan kerana jika terdapat sistem lain yang lebih baik maka ia harus diterima.

Anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, terdapat negara Barat mempromosi demokrasi pilihan raya tetapi negara itu juga yang memperjuangkan hak veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mematikan hak majoriti dalam memutuskan keputusan.

“PAS memahami demokrasi dalam kerangka pandangan Islam yang lebih adil. Ia mensasar mencapai keadilan, bukan merajakan jalan-jalan menuju keadilan yang boleh berubah-berubah dan diikat dengan syarat dan kesesuaian.

“PAS sejak lama menolak pilihan raya PBT. Ia bukan pendirian peribadi presiden PAS.

“Jika ada yang menganggapnya sebagai pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi parti, maka ia adalah salah dan amat malang jika ia tidak difahami oleh pemimpin PAS sendiri,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor berkata isu pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS pada masa akan datang.

Katanya, selepas selesai dibincangkan di peringkat parti, isu tersebut akan dibincangkan pula dalam Pakatan Rakyat (PR).

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-13-mei-hadi-nik-abduh-bangkit-sistem-beraja-dalam-isu-pilihan-raya#sthash.OENrAnX7.dpuf

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget