KL CHRONICLE: MCA Sumbang 6,303 Helai Pakaian Seragam Kepada Sekolah di Kelantan #MyBanjir @WeeKaSiongMP @MCAHQ

Tuesday, January 13, 2015

MCA Sumbang 6,303 Helai Pakaian Seragam Kepada Sekolah di Kelantan #MyBanjir @WeeKaSiongMP @MCAHQ




Syabas dan tahniah diucapkan kepada Malaysian Chinese Association (MCA) kerana telah memberikan hampir 1000 tan dalam bentuk barangan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Umum ketahui selepas peristiwa banjir yang dialami oleh penduduk Kelantan bersangkut pula dengan musim baru persekolahan, antara barang keperluan anak kecil dan mangsa banjir adalah pakaian seragam sekolah. 



Menyedari perkara ini, MCA melalui NGO mereka iaitu Crisis Relief Squad (CRSM) telah memberikan sumbangan sebanyak 6,303 helai pakai seragam kepada 15 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 2 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan 1 sekolah cina persendirian di Kelantan. Bagi kami di #KLChronicle, kami lihat perkara ini sebagai satu yang positif. 

Ini kerana, walaupun MCA tewas di Kelantan, namun parti ini tetap ringan tulang menolong mangsa banjir. Ini membuktikan MCA tidak mudah "merajuk" dengan pengundi malah walaupun ditolak oleh rakyat, parti ini tetap dengan kerja mereka iaitu berkhidmat untuk rakyat. Perkara ini bagi kami, harus dicontohi oleh semua parti politik tanah air. 

Lebih menarik juga, walaupun disini kami cuba mengetengahkan peranan MCA dalam membantu mangsa yang berbangsa Cina, namun sebenarnya MCA juga telah banyak menolong mangsa banjir berbangsa Melayu. Kami juga telah menulis tentang perkara ini disini:




Oleh itu, kami sebenarnya sangat berharap rakyat Kelantan dapat memberikan peluang kepada Barisan Nasional untuk menjadi kerajaan negeri Kelantan pada PRU akan datang. Kerajaan Pusat (Barisan Nasional) telah membuktikan keikhlasan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum ataupun fahaman politik. Tidak bolehkah rakyat Kelantan pula memberikan kepercayaan mereka kepada Barisan Nasional?















No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget