KL CHRONICLE: MCA Mencari Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir, Jom Join!! @MCAHQ

Thursday, January 8, 2015

MCA Mencari Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir, Jom Join!! @MCAHQ



Kami di #KLChronicle memang terpaksa tabik dengan parti #MCA kerana sekali lagi dilihat bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir di pantai Timur melalui MCA Crisis Relief Management Squad (CRMS). Kini "flyers" bagi mencari sukarelawan mula disiarkan di media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Ini merupakan "politik baru" dipihak kami kerana bukan selalu kita lihat parti komponen Cina turun membantu kawasan banjir di pantai timur yang mangsa terdiri daripada golongan Melayu Islam. 



Umum ketahui bahawa politik perkauman kini semakin menular didalam negara sejak parti Chauvinist DAP memenangi banyak kerusi parlimen pada Tahun 2008. Semenjak itu, DAP telah mula bermain api perkauman dengan mencabar Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu, Agama Islam dan sebagainya. Namun, kami di #KLChronicle amat gembira apabila rakan Barisan Nasional, MCA dilihat masih kekal dengan politik harmoni dan diplomasi mereka. 

MCA dilihat tidak terikut dengan mainan politik jijik DAP tapi sebaliknya kekal dengan politik khidmat bakti. Walaupun tewas teruk didalam PRU yang lepas namun parti ini terus dengan khidmat bakti mereka menolong rakyat pelbagai kaum dan agama. Bagi kami, ini satu pendekatan yang sangat baik dan sebenarnya harus dihargai oleh rakyat Malaysia amnya. 

Kami harap barisan kempimpinan MCA akan terus mengekalkan fokus mereka dan cara gerak kerja mereka supaya rakyat akan kembali menyokong MCA pada PRU akan datang. Ini kerana rakyat pastinya dapat menghargai segala usaha MCA selama ini. 

Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget