KL CHRONICLE: Mohd Badrul Ezan: Sudah tiba masanya Ahli Parlimen laksanakan taat setia kepada Raja dan Negara

Monday, October 26, 2020

Mohd Badrul Ezan: Sudah tiba masanya Ahli Parlimen laksanakan taat setia kepada Raja dan Negara


Semalam, DYMM Yang Dipertuan Agong selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja, bertitah dimana Baginda dan Duli-Duli Yang Maha Mulia berpandangan serta percaya keupayaan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Kabinetnya dalam membendung gejala Covid ini. 

Merujuk kepada titah DYMM yang Dipertuan Agong ini, pemimpin-pemimpin Negara dari semua Parti harus mengambil iktibar dari Titah berkenaan dan melupakan seketika perbedaan politik untuk bersama-sama membantu YAB Perdana Menteri dalam menghadapi gelombang ketiga wabak Covid ini.


Inilah masanya Ahli-Ahli Parlimen menyatakan “Kami Sayang Malaysia” dan melaksanakan akujanji “...taat setia kepada Raja dan Negara...”.

Keikhlasan sebenarnya bukan dituntut oleh Ahli-Ahli Parlimen kepada YAB Tan Sri, tetapi oleh seluruh Rakyat Malaysia kepada semua 222 Ahli-Ahli Parlimen dalam menjunjung Titah Duli-Duli Yang Maha Mulia dengan mempamerkan “...semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang telah pernah dipamerkan bersama...” dalam memerangi gelombang ketiga penularan wabak Covid ini.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berdiri teguh dibelakang YAB Tan Sri dan Kerajaan serta “...bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu Kerajaan...demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama...”.

Mohd Badrul Ezan

Ketua Bersatu Bahagian Seputeh

6 comments:

Anonymous said...

Bila dah kantoi main politik baru terhegeh hegeh nak mintak bersatu balik.

Tengok muka dah macam lanun darat

Anonymous said...

Hahahahaha...

UMNO TOTOK... jgn syok buli umno. Jgn syok main belakang.

Anonymous said...

Berdiri teguh belakang midin bersatu. Bolehlah pertahan pm kannnnn.
Kahkahkah

NO NUOR MADEY DAP MIDIN JEMIN

Anonymous said...

Org kata pilih anwar dibelakang dap.
Org kata pilih mahathir dibelakang dap.
Org kata pilih muhyiddin dibelakang mahathir dibelakang dap.
Org kata pilih azmin dibelakang mahathir di belakang dap.

NO DAP MAHATHIR ANWAR MUHYIDDIN AZMIN

Anonymous said...

"Keikhlasan dituntut"

Hak elehhh selama ni bersatu ikhlas ke dgn umno mn pn?

Anonymous said...

Dah kantoi keluarlah ayat ayat lunak selunak mulut makhluk mengatakan umno dah masuk longkang. Lunak betul menjijikkan umno. Lunak sungguh memfitnah menghina mengeji memperlekehkan umno.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget