Bekas Naib Presiden MCA yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen Bentong, Tan Sri Lim Ah Lek hari ini mendedahkan bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai akan terus kekal menjadi Ahli Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Malah Tan Sri Lim Ah Lek juga yakin bahawa MCA akan menang dengan majoriti yang lebih besar lagi berbanding kejayaan yang telah dikecapi pada PRU - 13 yang lepas.
Sudah semestinya, ramai pembaca yang mahu tahu bagaimana pemimpin veteran MCA ini boleh membuat kesimpulan yang sedemikian. Memetik kata - kata Tan Sri Lim Ah Lek:
“I have a strong feeling that the Barisan Nasional (BN) will be able to win in Bentong yet again and this time with an even bigger majority,” he said.
In GE13, MCA president Liow Tiong Lai won the seat, but DAP candidate Wong Tack won 49% of the votes.
“Liow has been doing well for the people of Bentong and the voters in Bentong are loyal to politicians who serve them
“I have a strong feeling that the Barisan Nasional (BN) will be able to win in Bentong yet again and this time with an even bigger majority,” he said.
Diatas adalah petikan temuramah Tan Sri Lim Ah Lek bersama sebuah portal berita online. Apa yang kami ingin tekan kan di sini adalah beberapa fakta penting yang diberitahu Tan Sri Lim Ah Lek iaitu:
Pertama sekali, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebagai Ahli Parlimen Bentong sejak Tahun 1999 sudah berkhidmat dengan baik sekali untuk masyarakat di Bentong. Sebagai seorang pemimpin masyarakat yang sudah berkhidmat hampir 10 tahun untuk masyarakat Bentong, Tan Sri Lim Ah Lek yakin bahawa masyarakat Bentong juga akan menunjukkan kesetiaan mereka kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kami pula berpendapat, memang tidak ada lagi alasan mengapa masyarakat Bentong tidak mahu memilih Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Ahli Parlimen mereka. Sebenarnya masyarakat Bentong sangat bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang merupakan:
- Presiden parti komponen iaitu MCA
- Seorang Menteri Penuh di Kementerian Pengangkutan
Dengan dua jawatan ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai merupakan seorang "influencer" yang mempunyai kuasa yang sangat besar sekaligus dengan mudah boleh membangunkan Bentong. Pada tahun ini sahaja, Bentong sudah ada International Durian Fest yang membawa ribuan pengunjung ke Bentong dan semalam diadakan pula Bentong Marathon. Ini semua merupakan inisiatif Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menarik pelancong ke Bentong seterusnya meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.
Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama peserta Bentong half - marathon |
Anda rasa DAP pula buat sebegini? Silap hari bulan DAP pula minta derma dari masyarakat Bentong untuk membiayai pergerakan politik mereka. Ha Ha Ha.
Ahli Parlimen DAP, selepas menang PRU terus hilang |
Kepada masyarkat Bentong, jangan buat kesilapan yang dilakukan oleh rakyat di Gelang Patah dengan mengundi DAP. Akhirnya Ahli Parlimen pun entah hilang kemana!
1 comment:
Salam perjuangan bro, just nak buat pembetulan...Kit Siang menang di parlimen Gelang Patah, bukan di Pasir Gudang...sekadar ingat-mengingati sahabat2 seperjuangan.
Post a Comment