KL CHRONICLE: Rahsia mengapa PM @NajibRazak masih tidak "jatuh" walau diserang Dr. Mahathir #Negaraku #Malaysia #YP

Tuesday, December 19, 2017

Rahsia mengapa PM @NajibRazak masih tidak "jatuh" walau diserang Dr. Mahathir #Negaraku #Malaysia #YP


Umum ketahui bahawa sejak hampir tiga (3) tahun yang lalu, Dr. Mahathir Mohamad dan sekutu - sekutu beliau telah cuba untuk menjatuhkan kepimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak melalui satu gerakan yang tidak demokratik. Usaha tidak bertanggungjawab ini diambil semata - mata untuk memuaskan nafsu Dr. Mahathir Mohamad yang gilakan kuasa dan ingin memerintah negara melalui proksi.



Namun hakikatnya, sehingga ke saat ini Dr. Mahathir Mohamad telah gagal menjatuhkan kepimpinan YAB Perdana Menteri. Ramai yang bertanyakan bagaimana YAB Perdana Menteri menjadi begitu kuat dari segi politik sehingga Dr. Mahathir, yang boleh dikatakan sebagai seorang warlord dan Kingmaker gagal menjatuhkan YAB Perdana Menteri dari tampuk kuasa parti UMNO dan kerajaan.





Memetik kata - kata Tan Sri Annuar Musa:
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan rahsia Datuk Seri Najib Razak masih kekal mengepalai perjuangan Umno adalah kerana Presiden parti itu berkawan dengan saf pimpinan di bawah sebagai satu saf persahabatan dalam perjuangan.

Keterangan ini boleh diambil dari segi politiknya bermaksud YAB PM tidak meletakkan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang eksklusif, tetapi seorang pemimpin yang inklusif dimana beliau memimpin parti dan kerajaan sebagai satu pasukan (Teamwork). Ini dengan secara tidak langsung membuatkan "Team" YAB PM setia (Loyal) kepada pentadbiran Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak.

Atas sebab kesetiaan dan teamwork ini lah, Dr. Mahathir gagal menjatuhkan kepimpinan YAB Perdana Menteri. Selain itu, umum ketahui juga antara "senjata" yang digunakan oleh Dr. Mahathir untuk menjatuhkan kepimpinan YAB Perdana Menteri dengan mengatakan bahawa YAB Perdana Menteri memasukkan wang RM 2.6 Billion milik syarikat 1MDB ke dalam akaun peribadi YAB Perdana Menteri. Walhal ini merupakan satu tuduhan yang palsu dan fitnah yang jahat.

Tuduhan tentang wang RM 2.6 Billion ini telah dijawab dengan sendiri nya oleh Menteri Luar Arab Saudi. Lihat video berikut:


Dengan jelas beliau mengatakan wang RM 2.6 Billion merupakan sumbangan dari keluarga Diraja Arab Saudi. Jadi apa yang Dr. Mahathir hendak menipu lagi?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget