KL CHRONICLE: Bukti Selangor dipenuhi skandal rasuah #Negaraku #Malaysia

Wednesday, December 20, 2017

Bukti Selangor dipenuhi skandal rasuah #Negaraku #Malaysia


Skandal demi skandal telah mendedahkan kepincangan pentadbiran  PKR di Selangor. Walaupun ada dakwaan rasuah yang melibatkan Azmin Ali dan pemimpin Pakatan di negeri itu tidak didakwa di mahkamah kerana kekurangan bukti dan saksi, tetapi realitinya gejala rasuah bermaharajalela  dalam kerajaan Selangor.




Skandal pemberian tanah kepada 15 kroni di Sungai Yu, Kuala Selangor,  telah mendedahkan betapa kerajaan PKR di Selangor tidak boleh dipercayai.  Kenyataan Azmin Ali yang sering mendabik dada kononnya dia mentadbir secara telus hanya sekadar omong-omong kosong untuk menutup kelemahan pentadbiranya yang dipenuhi skandal rasuah.


Pembohongan Azmin kononnya Skandal Sungai Yu tidak wujud terbongkar apabila SELCAT mendedahkan wujudnya perlanggaran syarat dalam pemberian tanah itu.

Skandal Sungai Yu hanya sebahagian kecil penyalahgunaan kuasa kerajaan Selangor. Sebelum ini, rakyat telah pun didedahkan dengan skandal rasuah Ketua AMK Ampang, Adam Rosly yang terkenal 'Rumah Disneyland', tuduhan rasuah seks di pejabat MB oleh Rafizi Ramli, siasatan rasuah anak saudara Azmin yang memiliki kekayaan luar biasa, skandal penjualan tanah di Kuala Selangor yang dirampas kerajaan kepada syarikat swasta bernilai RM1 bilion, skandal penjualan tanah rezab di Paya Indah Wetlands antara beberapa contoh penyelewengan PKR di Selangor.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP
#FikirFikirkanlah ya, #TakFahamTakpe 😎

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget