KL CHRONICLE: Siapa Musuh Rakyat - Ku Nan atau Pakatan? #Negaraku #Malaysia #KekalNajib

Tuesday, December 19, 2017

Siapa Musuh Rakyat - Ku Nan atau Pakatan? #Negaraku #Malaysia #KekalNajib


1. Ahli Parlimen Cheras menuduh penjualan tanah-tanah kerajaan untuk pembangunan perumahan di Wilayah Persekutuan mempunyai unsur rasuah dan mengugut mahu membuat laporan SPRM.



2. Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) mengeluarkan kenyataan akhbar mengucapkan terima kasih atas inisiatif Ahli Parlimen Cheras itu. 

3. Tulis Ku Nan, "Saya yakin, dengan laporan yang bakal dibuat oleh YB Tan Kok Wai tentunya akan menyerlahkan antara mana yang benar atau tidak, termasuklah fitnah serta tohmahan yang dilakukan terhadap saya dan kerajaan."

4. Ku Nan langsung tidak melarang atau mempertahankan dirinya. Malah beliau menggalakkan lagi laporan dibuat segera.

5. Namun hari ini ramai pemimpin pembangkang Wilayah Persekutuan melompat marah Ku Nan dan menuduh beliau tidak pro-rakyat.

6. Mereka kelihatan gundah gulana dan takut apabila Ku Nan mencadangkan pemaju turut  membuat laporan SPRM jika bantahan dan serangan ini bertujuan mendapat imbuhan pemaju atau dibiayai oleh pihak lain. 

7. Mengapa mereka takut? Orang seperti Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi PKR melalak menuduh Ku Nan takut dan menyembunyikan sesuatu. Hakikatnya Ku Nan mengalu-alukan laporan dan siasatan SPRM. 

8. Sebaliknya Fahmi melatah-latah seolah-olah ada sesuatu yang beliau sembunyikan dan menuduh Ku Nan bermusuh dengan penduduk Kuala Lumpur.

9. Siapa sebenarnya yang bermusuh dengan penduduk Kuala Lumpur? 

i. Ku Nan selaku Menteri yang berusaha berusaha membina rumah mampu milik  atau; 
ii. PKR dan pembangkang yang cuba menggagalkan usaha ini melalui pelbagai tuduhan dan bantahan?
AB JALIL BACKER 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget