KL CHRONICLE: Sambutan Hari Malaysia, 15,000 orang masyarakat Cina hadir beri sokongan kepada PM @NajibRazak #MCA #Negaraku #Malaysia

Friday, September 29, 2017

Sambutan Hari Malaysia, 15,000 orang masyarakat Cina hadir beri sokongan kepada PM @NajibRazak #MCA #Negaraku #Malaysia


Pada 16 September 2017, satu sejarah telah tercipta apabila buat kali pertama dalam pentadbiran Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak, hampir 15,000 orang masyarakat Cina telah membanjiri Dewan Putra World Trade Center (PWTC) untuk menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional sempena satu program Hari Malaysia yang dianjurkan oleh MCA.


Pertama sekali, tahniah kepada parti MCA kerana telah berjaya menganjurkan program yang begitu baik seperti ini. Siapa akan sangka MCA mampu mengumpulkan hampir 15,000 orang dari seluruh negara untuk turun ke PTWC dan bersama - sama YAB PM bagi meraikan Hari Malaysia. Namun terbukti MCA mampu berbuat demikian. Ini sekaligus membuktikan bahawa masyarakat Cina kini sedikit sebanyak sudah kembali kepada BN.


Sudah semestinya kejayaan program ini membawa kegusaran kepada parti Cina Chauvinis DAP. Ada juga cubaan dari Red Bean Army (RBA) DAP di media sosial yang cuba mengatakan bahawa YAB PM konon nya telah di "boo" oleh mereka yang hadir namun perkara ini adalah tidak benar sama sekali. Apa yang terjadi adalah apabila YAB PM masuk ke dewan PWTC, beliau telah menerima tepukan gemuruh dan juga jeritan padu dari para hadirin. Mereka suka YAB PM.

Bagi kami di #KLChronicle, kerajaan kini berada dalam keadaan dan momentum yang baik . Oleh sebab itu masyarakat Cina juga telah kembali menyokong BN dan ini merupakan satu perkembangan yang baik memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi. Kami yakin jika masyarakat Cina kembali menyokong BN, kemenangan 2/3 sudah pasti didalam genggaman kerajaan BN.

Ada lagi masyarakat Cina yang mahu menyokong DAP pada PRU akan datang?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget