KL CHRONICLE: Ops Hippo SPAD berjaya rekod 1,267 kes kesalahan pemandu dan pengusaha lori #Negaraku #Malaysia

Saturday, September 30, 2017

Ops Hippo SPAD berjaya rekod 1,267 kes kesalahan pemandu dan pengusaha lori #Negaraku #Malaysia

Datuk Che Hasni, Ketua Jabatan Penguatkuasa SPAD
Ramai diantara kita yang mungkin tidak tahu secara keseluruhan apa skop kerja dan bidang tugas bahagian penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Oleh sebab ini, banyak insiden atau kesalahan yang berlaku di viralkan di media sosial dan bukan dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Antara kesalahan yang sering diviralkan di media sosial adalah seperti lori yang membawa lebih muatan, pemanduan lori yang merbahaya dan sebagainya.


Untuk pengetahuan pembaca, jika anda melihat kes - kes in berlaku di hadapan mata anda. perkara pertama yang anda wajar lakukan adalah menghubungi Hotline SPAD untuk membuat aduan. Hotline SPAD adalah 1-800-88-7723 atau hubungi mereka di melalui email di aduan@spad.gov.my dan @aduanSPAD. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap aduan yang dilakukan. 

Selain itu, kami ingin berkongsi dengan pembaca bahawa sejak January 2017, sebanyak 1,267 kes kesalahan telah direkodkan oleh SPAD yang melibatkan pelbagai kesalahan oleh pemandu dan pengusaha lori melalui Ops yang diberi nama Ops Hippo. Ini sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak bahawa pihak penguatkuasaan SPAD tidak proaktif dalam menjalankan tugas mereka. Ini tidak benar sama sekali. 

Lori yang didapati melanggar undang - undang
 Memetik kata - kata Ketua Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad:


"Saya berharap penguasaha lori harus lebih bertanggungjawab pastikan ikut undang-undang dan tidak bawa muatan cara bahaya kerana ia boleh jejas keselamatan orang awam dan merosakkan jalan raya,"

Malah, menurut Datuk Che Hasni:

Antara kesalahan yang direkodkan didalam Ops Hippo selain lori lori yang membawa lebih muatan, adalah membawa muatan secara berbahaya dan muatan melebihi paras ketinggian panel sisi.

Ini sekaligus jelas membuktikan bahawa SPAD kerap menjalankan penguatkuasaan demi keselamatan rakyat di negara ini. Oleh itu kami di #KLChronicle memohon kepada mereka yang diluar sana supaya henti menyebarkan fitnah terhadap SPAD  dan sepatutnya memberi sokongan kepada SPAD untuk menjalankan tugas mereka dengan baik. Bolehkah kita buat begitu?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget