Seronok sangat kita mahu kongsi cerita yang dibuat oleh pihak pakatan pembangkang. Tanpa semak dan tanpa selidik, terus percaya sahaja. Kemudian buat gossip dan tuduhan yang bukan bukan di Whatsapp, Facebook dan Twitter.
Kalau kena saman, pembawa cerita hendak tolong bayarkan? Tidak sama sekali.
Kata orang tua-tua, siakap senohong gelama ikan duri. Jangan sebar cerita bohong, nanti kena diri sendiri.
Mungkin peribahasa ini sesuai untuk dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Dalam dunia politik Malaysia hari ini, nama Rafizi cukup dikenali sebagai Raja Fitnah nombor satu dalam Malaysia. Sudah buat lebih daripada 27 fitnah kesemuanya. Masih ada tiga lagi kes mahkamah tentang fitnah.
Rafizi sendiri mempunyai simpanan lebih setengah juta ringgit dalam Tabung Haji, tapi dia buat fitnah pada Tabung Haji.
Dapat dividen dan untung dari simpanan di Tabung Haji dan Kwsp, tapi buat cerita kata dua agensi itu hendak bankrup dan muflis. Kalau bankrap, Rafizi pun tidak akan dapat dividen.
Paling diingati adalah bagaimana Rafizi membuat satu fitnah yang cukup jahat terhadap National Feedlot Corporation (NFC).
Menerusi siri fitnah ini dengan dibantu beberapa fitnah yang lain pengundi yang tertipu beri undi kepada Rafizi untuk jadi ahli parlimen di Pandan. Mereka terpedaya dengan cerita Rafizi ini.
Apa yang pengundi dapat? Dapat atau tidak jumpa Rafizi setiap hari untuk adu masalah rakyat?
Rafizi reka cerita lembu-lembu yang dipelihara oleh NFC sudah boleh tinggal di dalam kondominium akibat penyelewengan berkenaan. Mana ada lembu tinggal dalam kondo? Itu pun ada orang percaya.
Melihat kepada kebiadaban Rafizi ini, Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Rafizi berhubung deretan fitnah yang dia taburkan hanya untuk kepentingan politiknya semata-mata.
Akhirnya, pada 31 Oktober 2016 kebenaran akhirnya tersingkap apabila mahkamah memutuskan Rafizi bersalah dan diarahkan membayar RM 150,000 kepada Datuk Seri Mohamad Salleh dan RM 50,000 kepada NFC dengan kos-kos lain yang bernilai RM100,000.
Hari ini, setelah hampir 10 bulan berlalu, Rafizi masih lagi gagal membayar saman seperti yang diarahkan oleh mahkamah. Rafizi diarah bayar RM300,000 oleh mahkamah.
Kes Rafizi samalah situasinya macam kes Mazlan Aliman, buat fitnah kepada Felda kemudian enggan bayar saman RM350,000 setelah didapati bersalah memfitnah.
Ada simpanan lebih setengah juta di dalam Tabung Haji dan mempunyai pendapatan melalui sebuah syarikat yang ditubuhkannya, INVOKE, tetapi Rafizi memilih untuk menjadi kedekut dan sanggup menjadi peminta sedekah.
26 Julai 2017, Rafizi dikatakan telah meminta bantuan orang ramai untuk menyumbang kepadanya untuk membayar saman berkenaan. Rafizi kata duit dia sudah habis dibelanjakan untuk Invoke. Lateefa Koya dan Adam Rosly mungkin boleh sahkan, kebenaran cerita Rafizi ini.
Kenapa rakyat kena bayar saman terhadap cerita fitnah yang dibuat oleh Rafizi? Pakatan pembangkanglah yang kena tolong bayar. Adam Rosly rumah sebesar Disneyland, takkanlah tidak boleh bantu bayarkan saman Rafizi.
Atau Mahathir boleh bantu Rafizi bayarkan saman fitnahnya. Dulu Rafizi pernah dedahkan bahawa Mahathir kaya raya kerana projek projek mega.
Kini Mahathir sudah bersama dengan Rafizi, bolehlah sangat Mahathir bantu Rafizi kerana Mahathir, Mukhriz dan Mokhzani tidak saman pun cerita San Miguel Petron dan beli kapal yang disebut oleh Rafizi. Bermakna betullah cerita Rafizi itu.
Ini menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya tidak berpakat. Hendak berpakat bantu bayar saman Mazlan Aliman dan Rafizi pun tidak boleh.
Jadi penyokong pembangkang janganlah seronok sangat percaya, seronok sangat hendak "share" cerita fitnah yang direka oleh Rafizi ini.
Kalau kena saman bukannya Rafizi hendak bantu bayarkan. Saman dia sendiri pun tidak mampu bayar, hendak hasut rakyat percaya pula cerita cerita hasutan dan fitnah menerusi traknya itu. Jangan percayalah. Jauhi cerita fitnah rekaan pembangkang.
No comments:
Post a Comment