KL CHRONICLE: Bantuan kerajaan kepada jemaah Haji di Makkah pun @RafiziRamli buat jadi isu politik #Prasarana

Friday, July 28, 2017

Bantuan kerajaan kepada jemaah Haji di Makkah pun @RafiziRamli buat jadi isu politik #Prasarana



Pakar fitnah PKR Rafizi Ramli nampak nya semakin tiada modal politik apabila menyerang Prasarana Malaysia Berhad kerana konon nya rugi dalam operasi menyediakan perkhidmatan rel di Makkah ketika musim Haji.

Pertama sekali, bagi sebuah syarikat seperti PRASARANA, "visibility" adalah amat penting. Dengan menjadi operator kepada perkhidmatan Rel di Makkah ketika musim Haji ianya memberi peluang kepada PRASARANA untuk dikenali oleh umat Islam dari seluruh dunia.



Atas branding ini, PRASARANA boleh membida projek - projek bernilai berbillion - billionn ringgit dari negara Islam yang lain dalam projek rel seperti LRT, MRT dan sebagainya. Ini dapat menjadikan PRASARANA sebagai operator Rel No 1 dunia dari negara Islam. Tidak kah ini sesuatu yang membanggakan?


Selain itu, bagi kami di #KLChronicle, tindakan Rafizi Ramli menyerang PRASARANA merupakan salah satu cara pihak pembangkang gunakan untuk mensabotaj hubungan baik kerajaan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi. Pembangkang tahu bahawa hubungan akrab kedua - dua negara merupakan satu perkara yang positif untuk kerajaan dan perlu digagalkan. 

Malangnya yang rugi nanti adalah rakyat Malaysia yang beragama Islam juga kalau tiba - tiba Saudi Arabia kurangkan kuota jemaah haji kita sebab sikap pembangkang yang kurang ajar macam ini. Adakah ini yang kita mahu?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget