Lawak!!! Ingat hanya seorang dua yang perasan, rupanya ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam yang menyifatkan ‘Bapa Sandiwara Negara’ Anwar Ibrahim sebagai ‘Pemimpin Bertaraf Dunia’.
Menurut Azmin, Ketua Pembangkang itu di
perlukan oleh banyak negara di dunia terutamanya di Timur Tengah.
“Saya sudah kenal lama Anwar. Sudah lebih
30 tahun, dia seorang pemimpin bertaraf dunia dan akan menjadi wakil rakyat
penduduk di Kajang. Dia (Anwar) bukan diperlukan di Malaysia sahaja, tetapi dia
pemimpin dunia.. negara Islam di Timur Tengah pun memerlukan Anwar.
“Jadi orang Kajang harus bersyukur kerana
pemimpin dunia turun sini berjuang,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan
pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK N25 Kajang di Dewan Orang Ramai
Kampung Sungai Sekamat semalam.
Ada yang mengatakan, kenyataan Azmin itu
agak keterlaluan kerana cuba membodek Anwar dengan meletakkannya di tempat yang
tidak sepatutnya. Namun ramai juga yang beranggapan kenyataan tersebut lebih
bersifat untuk menyindir atau dalam bahasa mudah ‘pukul dalam senyap’.
Ini kerana Azmin yakin dan sedar,
kenyataannya itu akan menyebabkan semakin ramai yang akan mentertawakan Anwar
sekali gus menyebabkan imej dan maruah Ketua Umum PKR itu semakin tercalar.
Masakan tidak, pertengahan bulan yang lalu
masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar
yang dihalau pulang kerana pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke
negara itu.
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari
tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi
dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.
Namun semua tuduhan yang tidak berasas
itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini
menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, yang gagal untuk memohon
dan mengemukakan visa perjalanan.
Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia
mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di
laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti
Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan
lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.
Kesimpulannya, tindakan Azmin mengatakan
Anwar adalah pemimpin dunia bukanlah untuk memuji jauh sekali untuk membodek,
tapi merupakan serangan hendap bagi mengajarnya.
Ini kerana, tindakan Anwar untuk
bertanding di Dun Kajang hanya bertujuan untuk membunuh peluang Azmin yang
telah lama mengidamkan jawatan tersebut. Malah kehadiran Anwar di Selangor juga
bakal menyebabkan Azmin hilang pengaruh sekali gus mengelakkannya menggunakan
pimpinan PKR negeri untuk mengugut Anwar seperti yang pernah dilakukan sebelum
ini.
Ertinya Azmin sedar, Anwar cuba membunuh 2
ekor burung, dengan menggunakan satu batu. Selain membunuh Khalid yang dilihat
tidak cekap, Anwar sudah pasti akan mampu menghalang atau paling tidak
mengurangkan pengaruh politik Azmin yang suatu ketika dahulu pernah dilihat
sebagai ‘anak emas’ atau bakal pengganti kepada Anwar.
No comments:
Post a Comment