KL CHRONICLE: Kini @anwaribrahim "Korbankan" Anak Muda Hanya kerana Tamakkan Kuasa #KLChronicle

Friday, January 31, 2014

Kini @anwaribrahim "Korbankan" Anak Muda Hanya kerana Tamakkan Kuasa #KLChronicle


Keputusan Anwar Ibrahim memaksa Menteri Besar Selangor mencalonkan dirinya bagi kerusi Dewan Undangan  Negeri Kajang adalah satu harakiri politik baginya.



Ini kerana keputusan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi tersebut hanya lapan bulan memenangi dibuat atas kepentingan Anwar bukannya rakyat.

Banyak spekulasi bertiup kencang bahawa ketua pembangkang parlimen itu akan dilantik sebagai menteri besar Selangor baru menggantikan Khalid Ibrahim.Mungkin Anwar, Azmin dan penyokong-penyokong PKR jahil tentang politik atau kaedah pelantikan seorang menteri besar.

Mereka fikir begitu mudah sekali Khalid diturunkan hanya kerana beliau berlaga angin dengan kroni kesayangan Anwar, Azmin. Kuasa menyetujui calon dan perlantikan seorang menteri besar terletak sepenuhnya di tangan sultan.

Mungkin Anwar lupa episod calon-calon menteri besar yang ditolak suktan dan raja di Terengganu dan Perlis semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Seorang perdana menteri sekali pun tidak boleh mencampuri apatah lagi mengekang kuasa sultan dalam isu perlantikan menteri besar inikan pula Anwar yang inga dirinya mengatasi sultan dan perlembagaan.

Kedua, Anwar sememangnya tidak layak dipertimbangkan sebagai calon menteri besar yang baru kerana undang-undang tubuh negeri mensyaratkan penjawat mestilah anak jati kelahiran Selangor manakala ahli parlimen Permatang Puah itu anak kelahiran Cherok To'Kun.

Sekutu pakatan pembangkang sudahpun melahirkan rasa tidak puas hati secara tiba-tiba mereka kekurangan satu kerusi DUN di Selangor.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi menyelar tindakan PKR itu sebagai berkepentingan diri, membuang masa dan membazir.

Malah Nasrudin menyindir sinis sambil mengatakan pilihan raya tersebut adalah ciptaan Anwar sendiri dan bukannya bagi kepentingan pembangkang.

Jika pilihan raya kecil diadakan, kemungkinan besar jentera pilihan raya Pas dan Dap tidak akan menunjukkan kesungguhan untuk membantu Anwar melihatkan ia adalah lebih kepada permainan politik beliau.

Sudah tentu apa yang dilakukan Anwar adalah bersifat unilateral dan mengambil keputusan tanpa dahulu berbincang dengan Pas dan Dap di Selangor.

Tindakan Anwar tersebut boleh dianggap sebagai keputusan untuk menyelamatkan karier politiknya yang semakin pudar dan ditolak oleh pakatan pembangkang.

Masih ingatkah kata-kata Karpal Singh bahawa Anwar adalah liabiliti paling besar kepada pembangkang dan beliau seharusnya bertaubat atas segala dosa-dosa seks liwat yang dilakukannya?

Anwar hanya mementingkan diri sendiri kerana beliau telah melanggar piagam PKR dan pembangkang untuk mengangkat suara orang muda di dalam parti.

Apa yang terjadi, beliau sanggup korbankan seorang ahli politik Cina yang muda dan pertama kali menjadi YB demi kerakusan untuk menggaut lebih banyak kuasa.

Di mana letakkannya pendirian PKR yang selama ini mengeksploitasi golongan muda untuk tujuan politik parti itu dan dengan mudah golongan ini diketepikan untuk menjaga kepentingan pemimpin atasan.
Angkatan Muda Keadilan mesti mengkaji semula kedudukan mereka di dalam PKR dan usah biarkan mereka diperkotak-katikkan demi kepentingan seorang individu.

Sanggupkah AMK menelan kepahitan melihat wakil mereka ditolak begitu sahaja untuk kepentingan seorang tua berumur 67 tahun? Rakyat Selangor juga telah terhina dengan tindakan Anwar tersebut.

Ini kerana sebagai sebuah negeri paling kaya, termaju dengan beratus-ratus institusi pengajian tinggi, akhirnya terpaksa mengambil calon import dari Permatang Pauh untuk bertanding mewakili Kajang.
Bukankah ini satu tindakan yang paling menghinakan walhal di kalangan PKR Selangor terdapat ramai calon yang lebih layak dan lebih bijak daripada Anwar sendiri. Inilah yang dinamakan tamak kuasa yang tidak ada hadnya.

Sudah menjadi ahli parlimen, kemudian dilantik ketua pembangkang, lepas itu memegang jawatan penasihat ekonomi pula dan kini kemaruk hendak menjadi ADUN pula. Anwar sebenarnya individu yang amat kecewa kerana kempunankan jawatan perdana menteri yang tidak kesampaian.


Begitulah nasib seorang yang terlalu 'frust' seolah-olah hilang arah dan panduan dalam 'political widerness' yang diciptanya sendiri.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget