Tindakan tidak masuk akal PKR untuk mengadakan pilihanraya kecil
di Kajang dikatakan sebagai satu strategi terbaik untuk parti. Anwar Ibrahim dikatakan akan
bertanding di situ dan seterusnya apabila menang, akan diangkat menjadi Menteri
Besar.
Rata-rata orang ramai mengecam tindakan PKR sebagai sesuatu yang
membazir wang rakyat dan tidak bertanggungjawab. Seperti yang diketahui, sesebuah PRK
memakan kos jutaan ringgit. Memandangkan
Kajang merupakan kawasan berpenduduk padat maka kosnya tentulah jauh lebih
tinggi lagi. Berdasarkan
hakikat ini, mana-mana ADUN tidak seharusnya meletakkan jawatan sesuka hati
tanpa sebab musabab yang konkrit.
Apa yang berlaku, membuktikan bahawa PKR langsung tidak
mempedulikan rakyat atau wang negara yang dibazirkan, dan sebaliknya bertindak
semata-mata atas kepentingan pemimpin dan politik parti.
Kenyataan Azmin Ali bahawa keputusan ini merupakan tindakan
taktikal mengesahkan persepsi rakyat bahawa pemimpin PKR hanya mementingkan
politik dan diri sendiri. Azmin,
kemudiannya cuba menolak spekulasi bahawa Anwar akan menggantikan Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tetapi di masa yang sama menyatakan
bahawa Selangor memerlukan pemimpin ‘nasional’ seperti Anwar untuk kukuhkan
kedudukan PR.
Bagaimanapun, Azmin tidak pula menjelaskan bagaimana kedudukan
Anwar sebagai ADUN dan bukan MB, boleh membantu mengukuhkan PR.
Penjelasan Rafizi pula lebih menarik lagi iaitu kononnya Anwar
bertanding di Kajang adalah untuk menghalang Barisan Nasional yang bakal
menjadi lebih kuat akibat ‘kejatuhan Dato’ Seri Najib’ nanti.
Menurut Rafizi, Dato’ Seri Najib akan dijatuhkan oleh satu gerakan
yang didalangi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Setelah kejatuhan itu, isu perkauman
dan agama akan ‘meletup’ dan PKR dan PR perlu bersedia untuk
menghadapinya. Untuk itu,
Anwar diperlukan di DUN Kajang serta tidak menolak kemungkinan yang Anwar juga
akan menerajui Selangor.
Jika teori Azmin mengenai keperluan PRK Kajang mengundang gelak
ketawa rakyat, teori Rafizi pula mengundang rasa loya di tekak orang yang
mendengarnya.
Kenyataan Rafizi hanya memperlihatkan kepada rakyat akan usaha PR
untuk melagakan Tun Mahathir dengan Dato’ Seri Najib. Kenyataan Azmin pula memperlihatkan
yang beliau sendiri berada dalam keadaan ‘bingung’ dengan apa yang berlaku
dalam partinya akhir-akhir ini.
Kedua-dua mereka bagaimanapun, cuba sedaya upaya untuk
merasionalkan keputusan parti walaupun tahu yang ianya tidak masuk akal sama
sekali.
Namun,
rakyat bukan sebodoh yang disangka mereka. Semua orang tahu bahawa keputusan
Anwar untuk melakukan kejutan ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi
keputusan rayuan kes liwatnya di mahkamah. Ini berikutan kegagalan rayuan ke-2
Anwar pada 20 Disember lalu, untuk menggugurkan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee
Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes
tersebut.
Rayuan
tersebut sepatutnya diperdengarkan pada 28 Januari lepas, tetapi telah
ditangguhkan sehingga 11 Februari atas sebab ketidak hadiran peguam Anwar,
Tommy Thomas. Maka, kerana
itulah kejutan mengenai Kajang timbul dalam rangka masa yang sama.
PRK
Kajang merupakan strategi yang baik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari kes
liwatnya. Malangnya, ianya
hanyalah bersifat sementara sahaja. Oleh
itu, harapan Anwar, sekiranya beliau menang dan menjadi Menteri Besar maka
sebarang keputusan mahkamah yang tidak memihak padanya pasti akan mencetuskan
isu besar. Malah, beliau
juga akan berpeluang untuk mencipta isu lain di celah-celah kegilaan itu
seperti ‘menjolok’ istana Selangor pula.
Pendek
kata, Anwar kini hanya mengharapkan strategi menimbulkan kekecohan apabila
keputusan kes liwatnya semakin hampir dan Selangor merupakan platform yang
paling sesuai untuk itu selain memberinya capaian kepada dana yang besar.
Anwar
kini berada dalam ‘mode’ panik. Dan
Anwar yang kita tahu, akan sanggup berbuat apa saja apabila beliau panik. Anwar pernah lari ke Kedutaan Turki
kerana panik tetapi Anwar tidak boleh lagi lari ke tempat yang sama tanpa
mengambil risiko diketawakan oleh pihak Turki.
Apa
yang pasti di sini ialah, Anwar enggan masuk penjara lagi. Justeru, ada baiknya jika kita bersiap
sedia dengan segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh Anwar untuk memastikan
beliau tidak kembali ke penjara.
No comments:
Post a Comment