@cmlimguaneng Ketua Menteri paling Racist dalam sejarah Pulau Pinang |
Sejak berjaya mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, kerajaan
DAP pimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dilihat semakin angkuh dan zalim
terutamanya yang melibatkan isu bangsa Melayu dan India. Watak dan penampilan
mereka jelas berbeza berbanding sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU13).
Jika sebelum ini masyarakat Melayu diangkat seperti ‘menatang
minyak yang penuh’, namun sejurus selepas menang pilihanraya, nilai mereka
hanyalah seperti duit lima kupang. Ia bukanlah cakap kosong
semata-mata, namun perkara itu diakui sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa
Penyelaras DAP Melayu negeri, Zulkifli Mohd Noor yang berkata kewujudan
ahli Melayu dalam parti tersebut jika mahu digambarkan dengan mata wang hanya
bernilai 50 sen.
Menurutnya penyertaan orang Melayu dalam DAP tidak pernah dihargai
para pemimpinnya malah kehadiran mereka dilihat sekadar mengaburi mata rakyat
bagi menggambarkan keahlian parti tersebut terdiri daripada berbilang kaum.
Contohnya ketika pemilihan parti yang diadakan pada hujung tahun
lalu, tiada seorang pun calon wakil Melayu yang menang sekali gus
memberikan gambaran sebenar kedudukan ahli-ahli Melayu dalam DAP.
Sedangkan sebelum ini, Guan Eng dengan bangganya mengatakan mahu
mengikut jejak Khalifah Umar Abd Aziz bagi mengambarkan kononnya walaupun
merupakan tokoh DAP yang dianggap rasis, dia lebih memahami Islam berbanding
orang lain. Di atas pentas yang dihadiri ramai orang Melayu, Guan Eng begitu
beria-ria bercakap perihal khalifah Islam itu.
Sedangkan apabila diteliti pendekatan tersebut hanya bertujuan
untuk mengunakan dan memperbodohkan pengundi Melayu kononnya dia faham akan
ciri-ciri pentadbiran khalifah Islam, Bani Umaiyyah. Paling menarik apabila
kaedah tersebut hampir sama dengan pendekatan pemimpin Republik Rakyat China
menggunakan The Little Red Book yang mengandungi petikan
Pengerusi Mao Tse Tung.
Apa yang anehnya, orang yang mendabik dada ingin mengunakan
pendekatan Islam ini, langsung tidak berminat untuk mempertahankan hukum hudud
sebagaimana yang dilakukan oleh cicit kepada khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin
iaitu Saidina Umar Al-Khatab. Dari segi ini, nampaknya sebagaimana maksud
peribahasa Inggeris, the appearance is more important than substance.
Tidak cukup dengan guna maskot tidak rasmi pemerintah Islam itu, ketika Ramadan pula, jadual Guan Eng agak sibuk ke sana ke mari untuk bersama umat Islam berbuka puasa seolah-olah ia sudah menjadi satu ‘majlis’ dan bukan lagi satu ibadah eksklusif umat Islam. Itu belum lagi diambil-kira peruntukkan yang diberikan kepada guru agama, imam dan sebagainya.
Namun semua yang dilakukan itu sebelum PRU13, sebaik sahaja
berjaya mengekalkan kuasa, lagaknya mula berubah. Daripada seorang yang agak
Islamik, dia kembali menjadi seorang pemerinah yang zalim lagi rasis.
Contohnya, sejak PRU-13 tamat, apa yang telah kerajaan DAP mereka
lakukan untuk kebajikan rakyat. Mereka hanya berkempen dan berpolitik setiap
masa tetapi tidak ada apa yang mereka lakukan untuk rakyat. Harga surcaj air naik
100 peratus, rumah kos rendah dan sederhana sehingga kini masih tidak nampak
bayang dan peniaga kecil diganggu sehingga pendapatan mereka terjejas.
Antaranya tindakan melampau DAP yang merobohkan gerai-gerai makan
di Teluk Bahang, Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota tanpa sebarang notis.
Malah mereka juga tergamak untuk meruntuhkan rumah seorang warga emas di
Kampung Lengkok Sungai Gelugor.
Tidak cukup dengan itu, nasib 58 keluarga yang rata-ratanya dihuni
oleh golongan nelayan juga seperti tidak menentu apabila kerajaan negeri
mengarahkan mereka mengosongkan rumah di Kampung Permatang Tepi Laut, Batu
Maung walaupun perkampungan tersebut telah wujud hampir 100 tahun lalu.
Malah sebelum ini penduduk di Kampung Genting, Balik Pulau turut
terkejut apabila dimaklumkan mengenai tindakan Guan Eng yang mahu mengambil
tanah mereka atas alasan untuk mewujudkan ‘hab pendidikan’.
Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan layanan yang diberikan
selama ini, PAS Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan akan meletak semua
jawatan dalam kerajaan negeri. Menurut meraka pentadbiran Guan Eng langsung
tidak mempedulikan Pas malah mereka juga seolah-olah dinafikan hak untuk
bersuara yang diumpamakan seperti melukut di tepi gantang.
Terbaru Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid sebelum ini
mempersoalkan kenapa tiada tindakan diambil terhadap penjaja Cina yang berniaga
secara haram sepanjang Pantai Bersih, Butterworth. Ekoran kenyataan tersebut,
Guan Eng kemudiannya berkata, beliau sentiasa memikirkan Jahara sebagai nenek
yang biasa tetapi beliau kemudiannya menjadi"nenek yang rasis dan tidak
munasabah".
Kesimpulannya, DAP dan sikap perkauman boleh disifatkan tidak
dapat dipisahkan. Kepada orang Melayu khususnya, nilailah sendiri apakah benar
Guan Eng mengamalkan pemerintahan ala Khalifah Umar Abd Aziz atau ia sebenarnya
hanya sekadar retorik politik semata.
No comments:
Post a Comment