KL CHRONICLE: @rafiziramli Jahil Mengenai Perjanjian #IPP #KLChronicle

Sunday, December 15, 2013

@rafiziramli Jahil Mengenai Perjanjian #IPP #KLChronicle


Kenaikan tariff elektrik baru-baru ini telah menjadikan Penjana Tenaga Bebas (IPP) sebagai sasaran tembakan pembangkang terhadap kerajaan.  Keputusan tidak popular ini sememangnya sukar untuk dicerna oleh rakyat, sekali gus memberi kelebihan kepada pembangkang. 



Sebagai rakyat yang bijak, kita tidak seharusnya menerima bulat-bulat apa saja hujah tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Sebaiknya, kita mengkaji dan menganalisa sendiri latarbelakang dan kesan dari keputusan yang dibuat. 

Kewujudan IPP sebenarnya banyak membantu negara dari segi menangani krisis bekalan tenaga dengan menggunakan dana swasta.  Di kala Malaysia beralih ke era perindustrian iaitu dalam tahun 1990-an, kewujudan IPP adalah tepat di mana ia mampu mengelakan krisis tenaga yang teruk di samping menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

IPP terbukti merupakan antara faktor utama yang menjadikan Malaysia destinasi kegemaran pelabur.  Pembekalan tenaga yang efisien amatlah penting bagi industri-industri terutamanya perkilangan.  Mengenalpasti peranan IPP dalam ekonomi negara, kerajaan telah memastikan yang ia mendapat diskaun korporat dari pembekal, iaitu Petronas. 

Pembekalan gas oleh Petronas kepada IPP dan TNB dengan harga rendah mampu mengawal tariff agar kekal pada harga yang berpatutan.  Harga ‘diskaun’ yang diberi Petronas kepada IPP dan TNB melibatkan jumlah sehingga RM12 billion setahun. 

Selain mempersoalkan subsidi kepada IPP, pembangkang juga menuduh kononnya IPP diberi pada kroni, iaitu YTL yang mana membuktikan kerajaan tidak telus. 

Namun, kita pasti seluruh rakyat sedia maklum bahawa siapa jua yang mendapat projek tersebut akan tetap dilabel sebagai kroni di negara ini. 

Perlu diingatkan bahawa IPP dan juga TNB tidak dapat menjual gas tersebut secara langsung kepada pengguna untuk keuntungan syarikat mereka, tetapi mereka membekalkan tenaga sahaja kepada pengguna.  Pengurangan subsidi terhadap pengguna juga tidak memberi apa-apa keuntungan kepada IPP.  Kenaikan tariff elektrik adalah berpunca dari kenaikan semasa dari segi penyelenggaraan, operasi dan bangunan. 

Selain subsidi, pembangkang juga mempersoalkan mengenai simpanan tenaga yang tinggi dan menyarankan agar ianya dikurangkan dari 52% kepada 30% bagi menjana keuntungan sehingga RM20 billion.  Saranan ini membuktikan bahawa pembangkang gemar mencari cara mudah untuk membuat keuntungan sekali gus mencerminkan cara mereka mentadbir negeri-negeri jajahan mererka. 

Nampaknya, pembangkang tidak faham bahawa margin simpanan tenaga yang tinggi adalah penting bagi menarik pelabur asing melabur di negara ini. 

Di bawah transformasi Industri Bekalan Elektrik Malaysia, TNB kini perlu bersaing dengan IPP lain untuk pembinaan loji tenaga baru.  Proses pembidaan pertama untuk loji tenaga di Prai telah dimenangi oleh TNB.  Ini membuktikan bahawa TNB tidak lagi memonopoli industri ini dan perlu bersaing dengan berusaha membekalkan khidmat terbaik kepada pelanggan. 

Persaingan ini pastinya memberi manfaat kepada pengguna kerana berpeluang menikmati perkhidmatan yang lebih baik. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget