Ramai yang tersenyum sinis apabila membaca
kenyataan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang memberikan ucapan terima kasih
kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh. Lidah rasmi parti itu, Harakah Daily
semalam melaporkan kenyataan Mahfuz yang memuji tindakan Karpal menjelaskan isu
yang telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Pas kerana menggesa pendaftaran
parti itu dilucutkan.
"Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran.
Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada
Karpal," katanya.
Kenyataan Mahfuz itu dilihat senada dengan pendirian Penasihat
DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini turut menyalahkan media kononnya telah
memutarbelitkan kenyataan tersebut.
Sedangkan sekiranya diteliti, kenyataan Karpal itu telah
dilaporkan oleh media pro pembangkang seperti Malaysia Insider, Malaysiakini
dan Harakah Daily. Apakah ini bermakna, media pembangkang telah tersilap ‘SPIN’ kerana
mengambil pendekatan untuk memutarbelitkan kenyataan Karpal? Atau sememangnya
ia adalah merupakan pendekatan sebenar mereka yang suka memutarbelitkan isu
bagi menipu pembaca?
Sedangkan sekiranya media pembangkang benar-benar profesional dan
berintegriti, mereka sewajarnya mendapatkan penjelasan sebenar Karpal terlebih
dahulu sebelum melaporkan berita tersebut.
Karpal sebelum ini dilaporkan telah menggesa agar semua parti
politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan
pendaftarannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latar
belakang keturunan. Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional
yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan
sesuatu yang serius.
Ekoran kenyataan tersebut ramai di kalangan pemimpin Pas dari
kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan parti itu dari kecaman Karpal
Singh. Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Ketua Penerangan Pas,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar
Nik Abdullah.
Yang peliknya, Mahfuz adalah merupakan wakil tunggal kumpulan
Liberal yang turut mempertikaikan kenyataan Karpal sebelum ini. Mula-mula dia
kecam, kemudian selang beberapa hari, dia memuji dan berterima kasih kepada
Karpal sambil meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain. Hebat bukan?
Sedangkan sekiranya kita lihat sejarah politik manusia bernama
Karpal Singh ini, dia bukannya asing dalam membuat kenyataan yang berbaur
perkauman dan sentiasa menyakitkan hari dan perasaan orang Melayu dan Islam.
Contohnya dalam tahun tujuh puluhan dahulu, dia pernah menyelar Sultan Selangor
dan menjadi ia satu isu yang hangat pada ketika itu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah berkata ‘Langkah Mayat
Saya, Sekiranya Ingin Mendirikan Negara Islam”. Malah disebabkan sering
mengeluarkan kenyataan yang biadab, peguam itu suatu ketika dahulu dikatakan
pernah ditampar oleh seorang guru silat.
Bagi meredakan kemarahan Pas, Karpal
akhirnya terpaksa menggunakan khidmat Kit Siang untuk menjadi posmen bagi
menyampaikan pesan kononnya dia tidak pernah bermaksud untuk merujuk kepada Pas
bagi menyejukkan hati parti itu.
Ini kerana, Karpal dan Kit Siang tahu
orang Melayu Islam khususnya di dalam Pas akan segera melupakan ketelanjuran
mulut celuparnya. Dan yang paling penting, tidak kira apa yang dikatakan,
Melayu Islam Pas akan segera lembut hati dan memaafkannya sekiranya ada di
kalangan pemimpin parti itu yang membelanya.
Kepada pengikut, penyokong dan ahli Pas,
sedarlah. Berhentilah dari terus dibodohkan dan tertipu dengan ‘KEIKHLASAN’Karpal
Singh dan DAP.
BACA JUGA:
1 comment:
Apa site operator ingat senang ka nak jadi menteri bila Fuckatan menang nanti? YB Mat Poz ini adalah seorang yang berwas-wa(san) jauh bebenor. PRK Sg. Limau dia buat upset single handed tentulah markah dia sedang melambung-lambung. Kalau nak harapkan Pas sahaja menguasai PRU akan datang datang entahlah; YB Mat Poz tak mimpilah nak dok dalam kabinet baju lama pun tapi kalau bodek Dapig maka gorenti dia akan dilantik jadi menteri bahagian pemburuhan! Dia pun tahu PKR dah dekat-dekat nak ko dah. Sana lari sini lari, yang tinggallagi ialah Pas baru dengan Parti Cina semalaysia yang akan ganti kumpulan Dapig!
Post a Comment