Bagi mereka yang baru sahaja mendengar nama Bridget Walsh, anda
pasti tidak tahu apakah signifikasi nama tersebut dengan Parti Islam
Se-Malaysia. Bridget adalah seorang Professor Madya di Singapore Management
University dan sering terlibat dengan aktiviti politik di negara-negara
membangun.
Keterlibatan Bridget Walsh adalah suatu perkara yang amat menghairankan. Ini
kerana tiada siapa pun mengetahui dari mana datangnya wanita berketurunan
Eropah ini dan bagaimana beliau memperoleh “network” perhubungan yang luas
sehinggakan dianggap sebagai tempat rujukan oleh kebanyakkan parti pembangkang
di benua Asia. Untuk pengetahuan umum, Bridget telah “berkhidmat” di seluruh
dunia dan pernah tinggal di negara-negara Timur Tengah, Amerika Latin,
Kepulauan Carribean dan juga kini di Asia Tenggara.
Jika diamati tulisan dan analisis yang dikeluarkan oleh Bridget
Walsh, kita akan mendapati bahawa beliau adalah seorang ahli akademik yang biasa-biasa
sahaja. Namun begitu, pendapat beliau diambil kira kerana ideologi anarki dan
hak kebebasan sepenuhnya yang beliau anuti. Ini terbukti apabila dengan jelas,
Bridget Walsh menyokong Arab Spring dan demonstrasi jalanan yang
dianjurkan oleh rakyat sesebuah negara itu. Seperti lalat yang membawa
penyakit, Bridget akan hinggap di sesuatu negara dan menyebarkan dakyah beliau,
selepas itu beliau akan hinggap pula ke negara lain apabila negara yang beliau
telah tinggal itu mempunyai masalah besar.
Kini berpusat di Singapura, Bridget sibuk pula mencampuri senario politik
Malaysia. Dilantik sebagai salah seorang kolumnis untuk portal pro-pembangkang
Malaysiakini.com Bridget sering mengeluarkan pendapat yang jelas bertentangan
dengan akidah Islam dan juga semangat perpaduan yang telah diamalkan di
Malaysia sejak dari awal penubuhan negara ini. Kekuatan Bridget yang ternyata
jelas adalah apabila beliau berjaya menundukkan kepemimpinan PAS dengan
mengambil kata-kata beliau sebagai rujukan dan panduan parti Islam tersebut.
Bridget juga pernah dijemput untuk menghadiri Muktamar PAS yang ke-55.
Seperti seorang perisik beliau berjalan dari satu negara ke satu negara lain
tanpa jemu dan akhirnya akan merosakkan negara tersebut dengan menggunakan
ideologi atau pemahaman politik yang beliau reka sendiri. Pelik tetapi benar,
namun realiti ini dapat dilihat dari masa kesemasa kerana modus operandi
seorang manusia bernama Bridget Welsh ini adalah sama dengan apa yang telah
beliau lakukan kepada negara-negara lain di seluruh dunia. Soalannya adakah
beliau benar-benar seorang perisik dari negara lain atau beliau hanyalah
aktivis yang tidak mendatangkan apa-apa faedah di dalam apa jua organisasi yang
beliau ceburi.
Didalam satu artikel yang ditulis beliau berjudul “The Politics of Accomodation
in PAS” ternyata Bridget Walsh telah memuja kehebatan PAS dalam membuka ruang
kepada liberalisasi dan penghapusan keIslaman di dalam ideologi parti tersebut.
Bridget telah diambil menjadi sumber rujukan oleh banyak pihak di dalam Pakatan
Rakyat juga telah menyatakan dengan berkias bahawa PAS sanggup menggadaikan
maruah dan akidah mereka semata-mata untuk menentang kerajana Barisan Nasional
yang dianggap sebagai musuh yang terlalu hebat oleh mereka.
Bridget
Walsh telah diangkat menajadi serikandi ulung oleh Pakatan Rakyat sehingga
beliau boleh membincangkan hala-tuju PAS dengan sewenang-wenangnya dan juak-juak
PAS hanya mampu mengangguk lesu tanpa sedar bahawa mereka bukan sahaja sedang
diperkudakan oleh rakan-rakan mereka di dalam Pakatan Rakyat, tetapi mereka
juga sedang dipermain-mainkan ejen-ejen asing yang ingin menghancurkan agama,
bangsa dan negara ini.
Adakah Bridget akan dijemput lagi untuk muktamar PAS pada 24 November ini? Atau
orang asing lain pula akan dijemput oleh PAS? Semua ini berlaku kerana PAS
sudah hilang arah tuju dan memerlukan mat dan minah salleh yang tidak diketahui
asal usul mereka untuk “membangkitkan” semula semangat politik dan keIslaman
perjuangan mereka yang telah lama hilang.
2 comments:
Kalau Bridget tu lalat yg membawa penyakit kepada orang2 UMNO , memang itulah lah yg sebaik baik nya dilakukan oleh orang luar yg tidak dapat dilakukan oleh orang dalam. Tahniah kpd Bridget.
Dah dasar pas sanggup bekerjasama dengan syaitan sekalipun, jadi tak heranla kan.
Post a Comment