KL CHRONICLE: Kini Mahfuz Kata Orang Melayu Pula Bodoh #KLChronicle

Monday, November 11, 2013

Kini Mahfuz Kata Orang Melayu Pula Bodoh #KLChronicle




PAS mendakwa pemimpin politik Umno telah menipu masyarakat Melayu dalam isu kalimah Allah apabila mereka sendiri membenarkan penggunaannya di kalangan masyarakat Kristian.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan masyarakat Melayu telah diperbodohkan oleh Umno yang menggunakan isu penggunaan kalimah Allah sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya umum ke-13 lalu.
"Orang Melayu kena faham dalam pilihan raya tempoh hari mereka telah ditipu oleh Umno dan macai-macai Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga mendesak pemimpin Umno menarik balik kenyataan yang menghentam PAS dalam pendirian melibatkan penggunaan kalimah Allah.
Bagi saya, kenyataan Mahfuz ini agak bodoh & jahil. Kenapa Mahfuz Omar tidak berterus terang dengan para pemberita bahawa PAS memang membenarkan orang kristian menggunakan kalimah Allah? Ini konsisten dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dibawah:

Walaupun dengan terang membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah, dalam kempen PAS sekitar PRU-13 dan PRK Sungai Limau PAS telah berkempen bahawa kalimah Allah adalah milik eksklusif orang Islam. Ini boleh dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat:

Jadi persoalan saya sekarang, siapa yang sebenarnya menipu orang Melayu? Adakah UMNO yang menipu orang Melayu atau PAS? Mahfuz Omar jangan jadi munafik dan cakap berbelit-belit. Jadilah orang yang bermaruah dan berhentilah menjual agama Islam hanya kerana gilakan kuasa politik. 

2 comments:

Anonymous said...

PAS sudah tidak ada maruah dan teramat rendah akhlak kebanyakan pemimpinnya. Jika ulama didalam PAS tidak membendung keceluparan pemimpin PAS yang teramat gilakan kuasa ini, maka hanya tunggu masa sahaja PAS akan dihancurkan oleh Allah yang Maha Mengetahui

Anonymous said...

Mahfuz setakat lulusan SPM jangan nak tunjuk pandai. Kalau PAS menang semua kerusi parlimen yang ditandinginya pun bolehkah hudud dilaksanakan? Orang2 PAS sendiri pun cakap tak boleh sebab untuk ubah perlembagaan perlu 2/3 atau 148 kerusi parlimen. Adakah 148kerusi parlimen majoriti Islam kat Malaysia ni. Kalau adapun, Anwar Al-Juburi dan puak PKR akan sokong ke? Sesungguhnya Mahfuz, engkau dan kebanyakkan pemimpin PAS hanya menjual hudud dan agama Islam untuk kuasa.Kami orang Melayu bukan bodoh sangat.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget