Apa maksud Tony Pua menyeru ‘sertai saya berjuang dan
mengubah Malaysia supaya Cina menguasai kerajaan’? (Join me to
fight & change Malaysia for Chinese to Rule The Government).
Seruan ini terpampang di laman sosial miliknya dengan begitu
jelas sekali. Apakah ini bermakna DAP telah mengambil
keputusan untuk tidak berselindung lagi? Mungkinkah DAP kini telah
bersedia menunjukkan warna sebenar, iaitu rasis dan chauvinis?
Tidak mustahil DAP sudah ‘letih’ berlakon dan melaungkan skrip
kononnya ia adalah parti yang mewakili semua kaum. Lebih-lebih
lagi apabila lakonan mereka telah beberapa kali terkantoi terutama apabila
manipulasi pemilihan CEC terbongkar.
Hakikat bahawa DAP adalah parti ‘dari kaum Cina, untuk kaum
Cina dan kerana kaum Cina’ sudah tidak boleh dinafikan
lagi. Hanya Melayu dan India ahli DAP sahaja, yang sama ada
pura-pura tidak faham, atau benar-benar benak tidak mampu memahaminya, yang
masih menafikan hakikat ini.
Apa yang diseru Tony Pua membuktikan bahawa semangat puak
radikal yang mencetuskan tragedi 13 Mei masih segar di dalam dirinya dan juga
DAP. Benarlah apa yang diperkatakan selama ini bahawa DAP itu adalah
komunis yang berjuang dalam bentuk parti politik yang sah.
Matlamat mereka tidak pernah berubah iaitu untuk menguasai
negara ini dan memaksa perubahan mengikut acuan mereka, iaitu acuan
komunis. Ini bermakna tiada Islam sebagai agama rasmi, tiada
Raja-raja dan tiada Hak Istimewa Melayu.
Ini juga membuktikan bahawa DAP bukannya menentang BN kerana ia
korup atau tidak telus. Tetapi, DAP menentang BN kerana ia diterajui UMNO
iaitu parti yang mewakili Melayu. Sekiranya BN diterajui MCA dan bukan
UMNO, maka tidak mustahil DAP sudah lama dibubarkan.
Kita menghargai sikap terus terang Tony
Pua. Sekurang-kurangnya ada di kalangan DAP yang berani berjuang
atas matlamat yang sebenar tanpa bersikap hipokrit. Cara ini adalah
lebih ‘gentleman’ dan perlu dipuji.
Malah, kita wajar berterima kasih kepada Tony Pua kerana rakyat
kini dapat membuat pilihan dengan lebih mudah. Sesiapa yang suka
diperintah oleh rasis Cina boleh saja memilih DAP dan yang tidak suka, tidaklah
akan terpedaya dengan slogan ‘parti untuk semua kaum’ seperti yang dilaungkan
sebelum ini.
Berdasarkan bukti sifat rasis dan semangat radikal yang diwarisi
dari nenek moyang mereka, wajarlah diingatkan agar masyarakat lebih
berhati-hati dengan DAP. Tentu ada sebab kenapa mereka inginkan penjenayah
dibebaskan melalui penghapusan Akta Pencegahan dan ada sebab kenapa mereka
turut mendesak yang sama ke atas Akta Hasutan.
Ada sebab mereka terlalu takutkan Tanda Putera dan ada sebab
mereka membikin filem The New Village yang menjulang komunis sebagai
wira.
Jangan kita terlepas pandang akan pengajaran dari sejarah kerana
mereka yang gagal belajar dari sejarah akan dihukum mengharunginya
berkali-kali. Bukan kita ingin menuduh DAP sedang merancang anarki
tetapi tidak salah kita mengambil sikap ‘paranoid’ terhadap DAP kerana mencegah
adalah lebih baik dari tengadah.
No comments:
Post a Comment