Pemilihan semula CEC DAP nampaknya tetap akan diadakan dalam
keadaan di mana masih banyak tandatanya tidak terjawab.
Setakat ini, Lim Guan Eng masih lagi tidak mampu membersihkan namanya
dari tuduhan manipulasi dan menipu undi. Guan Eng juga tidak mampu
menepis imej perkauman yang kini membelenggu dirinya dan juga parti, akibat
meminggirkan perwakilan India dalam pemilihan awal.
Usaha terdesak setiausaha organisasinya, Anthony Loke, untuk
memperbaiki kerosakan dengan menyatakan bahawa ‘500 dari 753 perwakilan yang
tidak hadir mesyuarat atas alasan tidak menerima notis, sebenarnya telah
menghantar surat lebih awal bagi menyatakan yang mereka tidak dapat hadir’,
tidak dapat diterima langsung.
Ini kerana jika benar perwakilan yang terlibat telah menghantar
surat tersebut, kenapa pula mereka membuat aduan kepada
ROS? Dan jika benar surat itu wujud, kenapa Anthony tidak
menyerahkannya kepada ROS sebagai bukti ketika DAP disiasat?
Logiknya, jika surat tersebut dikemukakan, tentu DAP tidak perlu
mengambil risiko dibubarkan jika tidak mengadakan pemilihan
semula. Dan tidak ada sebab DAP sengaja menyembunyikan surat
tersebut sedangkan DAP sendiri mengakui yang parti itu cukup ‘takut’ jika
terpaksa dibubarkan.
Nampaknya, baik Anthony Loke mahupun Lim Guan Eng, langsung tidak
merasa bersalah tetapi berusaha sedaya upaya untuk menutup penipuan dengan
penipuan juga. Sikap mereka ini menyebabkan ahli-ahli DAP semakin
berang.
Sikap kepimpinan DAP yang berpura-pura tidak mendengar rungutan
dan kemarahan ahli membuktikan parti itu mengamalkan sistem pemerintahan
diktator. Ia juga membuktikan bahawa DAP sememangnya adalah parti
milik Lim sekeluarga dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya.
Sepatutnya, DAP turut mengambil tindakan menyiasat dan mengambil
tindakan ke atas mereka yang terlibat tidak menghantar notis kepada
perwakilan. Dengan membiarkan sahaja kemelut ini berterusan
membuktikan bahawa semua kepimpinan tertinggi DAP turut terlibat.
Memandangkan Anthony Loke yang mula-mula menyatakan kewujudan 500
surat dari perwakilan, maka sekurang-kurangnya DAP seharusnya mengambil
tindakan terhadap beliau kerana menipu. Ini kerana, jika benar
beliau tidak menipu, maka tentu tiada masalah bagi beliau untuk mengemukakan
salinan asal surat tersebut seperti desakan ramai.
DAP wajib menunjukkan ketelusan dengan menghukum mereka yang
bersalah. Tidak mungkin surat tersebut hilang begitu sahaja jika
benar ia wujud seperti yang dikata.
No comments:
Post a Comment