KL CHRONICLE: August 2012

Friday, August 31, 2012

@mediaumno : KENAPA JANJI DITEPATI? #merdeka55 @NajibRazak

Bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke - 55, kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Razak telah menetapkan slogan "Janji Ditepati" bagi sambutan kali ini.
Mengapa "Janji Ditepati"

Sebagaimana yang kita ketahui, menepati janji itu adalah sesuatu yang mulia dan disukai oleh masyarakat tidak kira agama atau bangsa melainkan bagi orang yang tidak boleh menepati janji. Selain itu, menepati janji juga dituntut di dalam Islam dan juga as a universal value bagi segala umat manusia.

Saya berpendapat, kerajaan BN amat confident menggunakan slogan ini kerana mereka yakin semua janji - janji YAB PM dan kerajaan telah ditunaikan. Cuba kita perhatikan, pihak pembangkang sehingga hari ini tidak dapat memberikan sebarang bukti yang mengatakan kerajaan tidak mengotakan janji nya, cuma yang mereka menyerang adalah "why is the GOM politicizing the independence day".

Bagi saya ini satu serangan yang dangkal kerana pihak pembangkang sendiri mempolitikkan sambutan hari kemerdekaan. Mana pernah dalam sejarah mana mana negara yang merdeka terdapat 2 logo dan 2 slogan bagi menyambut hari kemerdekaan? Ini hanya berlaku di Malaysia dimana pihak pembangkang itu sendiri tidak menghormati kesucian menyambut hari kemerdekaan.

Selain itu, dalam artikel-artikel saya terdahulu (semalam) telah banyak menunjukkan sikap biadap penyokong bersih dan pembangkang yang sanggup memijak gambar YAB PM, isteri nya dan pemimpin - pemimpin lain. Juga crew The Kuala Lumpur Chronicle juga berjaya menyiarkan gambar aksi lucah pendemo (sila refer artikel pagi ini).

Kesimpulan

Saya berharap para pembaca dapat menilai sekali lagi siapa sebenarnya yang cuba memimpin negara ini ke jalan kemakmuran dan mencapai visi negara membangun pada Tahun 2020 dan pihak manakah yang cuba menggagalkan segala perancangan yang dilakukan untuk hanya kepentingan diri sendiri.

PRU - 13 makin dekat dan diharap pembaca dapat menilai mana baik buruk dan melakukan pemilihan yang bijak. Sesungguhnya masa depan negara terletak di tangan kita semua.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

@mediaumno : PERANGAI GAMPANG #JanjiBersih MALAM AMBANG MERDEKA! #Merdeka55 [ WITH PHOTO]


Lihat gambar di atas, gambar yang sempat GR rakamkan ketika Demo Haram #JanjiBersih #JanjiDemokrasi sebentar tadi. Apa yang puak-puak pakatan Haprak ini mereka meletakkan gambar Perdana Menteri Malaysia dan beberapa pemimpin lagi untuk tujuan apa?? Nak tau lihat di bawah:




ni perbuatan yang sungguh kurang ajar dan budaya LGBT yang semakin menular dan Anwar pasti gembira melihat gambar ini. Seorang budak yang GR difahamkan DIBAYAR oleh puak pakatan untuk membuat perbuatan terkutuk ini. Membuka seluar dengan menunjukkan punggung di khalayak ramai dan cuba untuk membuang air besar ke atas gambar Perdana Menteri.

Budak tersebut telah pun dikenalpasti...GR akan keluarkan di artikel akan datang. Tunggu mana mau lari!! Mohon pihak berkuasa siasat perbuatan terkutuk ini!!!!!


SUMBER : GOSSIP RAKYAT

THE KUALA LUMPUR CHRONICLE

Apa gampang la perangai puak - puak ni, dok kutuk hina UMNO macam - macam, tapi penyokong atau ahli UMNO x pernah pun buat macam ni kat pemimpin pembangkang. Untuk pembaca yang dah lupa, ini adalah objective atau perjuangan #janjibersih yang diberitahu sendiri oleh Hishamuddin Rais dan Maria Chin kepada wartawan tempoh hari:

Menuntut Kedaulatan Undang-Undang. Diperincikan lagi seperti yang terdapat pada lampiran yang diberikan kepada media iaitu,

a) mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara
b) memansuhkan akta zalim
c) kebebasan media

Seterusnya seperti biasa, mereka menuntut pilihanraya yang adil untuk rakyat.

Perbuatan di atas dan gambar - gambar lain yang kami ada menunjukkan perbuatan sivil ke? Pembaca nilai lah sendiri dan tentukan mana baik buruk antara dua parti ini. Malam merdeka pun hendak dihuru harakan. Macam gampang!

@mediaumno : VIDEO #JanjiDemokrasi PIJAK GAMBAR @NajibRazak

Sahabat Blogger YY sebentar tadi telah mengeluarkan video yang menunjukkan pendemo #JanjiDemokrasi memijak gambar Perdana Menteri @NajibRazak. Adakah ini budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama? My question is have we stoop so low in our culture to do this kind of action?

To our fellow readers, please evaluate the video below and decide for yourself are this the kind of people we want to lead our country? 


Thursday, August 30, 2012

[Live] @mediaumno : GAMBAR - GAMBAR DI DATARAN MERDEKA

Krew The Kuala Lumpur Chronicle yang kini berada di Dataran Merdeka amat gembira apabila mendapat sokongan rakyat terhadap program Pakatan Rakyat (PR) iaitu #janjdemokrasi ditolak oleh rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama.

Walaupun perkataan 'janji demokrasi' itu baik sekali, tetapi perkara yang konon nya diperjuangkan oleh PR itu hanya retorik semata-mata. Ini kerana pada tahun 1957, pemimpin - pemimpin pada masa itu telah memperjuangkan hak dan kebebasan ini, bukan dengan keganasan tetapi dengan akal fikiran. Ini adalah sesuatu yang kita patut banggakan.

Mana mungkin kita tidak demokrasi? Jika tidak sudah pasti BN tidak akan tewas di mana mana negeri. Pada tahun 2008, kerana tidak menduga tertewas nya negeri Perak, Tan Sri Tajol Rosli, mantan MB ketika itu terkejut sehingga tidak keluar dari kediaman rasmi MB hampir beberapa jam selepas keputusan PRU diumumkan. He just did not know what hit him.

Kembali kepada peristiwa malam ini, Maria Chin dan Hishamuddin Rais pastinya kecewa kerana objektif mereka untuk mengacau bilaukan sambutan Merdeka kita telah gagal sama sekali. Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana tidak terikut dengan rentak orang seperti mereka ini.

sebelum kami lupa. Happy Birthday Malaysia!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

@mediaumno : Perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ gugat sambutan Merdeka

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, OCPD Zainuddin Ahmad, hari ini berkata, perhimpunan Janji Demokrasi yang dianjurkan oleh Gabungan Janji adalah perhimpunan haram yang akan menggangu persiapan sambutan Hari Kemerdekaan ke 55.

Menurut beliau lagi, Gabungan Janji telah gagal untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman, 2012. 

"Saya ingin memaklumkan bahawa perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2012 antara 2200 hrs hingga 2400 hrs adalah satu perhimpunan yang bertentangan dengan undang-undang diatas alasan-alasan seperti berikut:

"Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kepada ketua polis daerah, Dang Wangi.

"Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

"Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2012," kata surat yang dikirimkan oleh Polis Daerah Dang Wangi kepada Maria Chin Abdullah, wakil Gabungan Janji.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

@mediaumno : SUARAM ADMITS RECEIVING FUNDS FROM FOREIGN COUNTRIES

Is Kua Kia Soong a DAP life member?

(Bernama) - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) director Kua Kia Soong on Tuesday revealed that the non-governmental organisation has been receiving funds from foreign countries and individuals nationwide.
He said the human rights group was being funded by countries, namely the United States, Finland and Canada, as well as some Malaysian state governments and individual donations.

Kua, however, kept a close guard on the funding issue and the amount Suaram had so far received from funders and primary sponsors.

"Do I really need to tell you where our funds come from? Why does everyone want to know where our funds come from?" he asked at the unvealing of the Malaysia Human Rights Report 2011 here.

He also questioned a local Malay daily reporter whether he knew the daily's source of funding.

Kua urged any party dissatisfied with the NGO to lodge a police report.

In July, Suaram and its role as an independent NGO was questioned for being a recipient of annual allocations consistently from the US-based National Endowment for Democracy (NED) since 2006.

According to the AIDC portal, as stated in NED's annual report, Suaram had received a total amount of US$385,000 (RM1,218,328.65) for 2006, 2007, 2008 and 2009.

Besides Suaram, other Malaysia-based NGOs being funded as listed by the NED include the International Republican Institute, National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for Independent Journalism, Open Dialogue Centre and Mkini Dot Com.

It had been widely reported that Suaram was not even registered as an NGO with the Registrar of Societies, instead it was registered as a company under the name of Suara Inisiatif Sdn Bhd with RM2 paid-up capital.

Since then, Suaram has remained tight-lipped over allegations concerning its NGO status, and its source of funding.

Wednesday, August 29, 2012

@mediaumno : MARIA CHIN MENCEMAR KEMERDEKAAN NEGARA

Maria Chin merosakkan kemerdekaan negara
Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.   
 Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil ‘Janji Demokrasi’ ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji.  Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.  



Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan.  Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu ’55 Tahun Janji DiTepati’.  

Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka ‘pasar malam’ di hadapan rumahnya.  

Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.  

Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais.  Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.

Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.   

Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

Soalnya, apakah asas untuk kita mempercayai manusia seperti Hishamudin Rais dan Marina Chin, perkakas kepada PR sedangkan PR itu amat sinonim dengan tidak menepati janji?  Jika tidak, kenapa mereka begitu fobia dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini?

Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai.   Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT.    Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa ‘memberontak’ adalah hobinya.  Jadi, elok beliau diabaikan saja.  

Namun begitu, kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman, kita ingin bertanya beliau demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut?   Dengan menjadi alat kepada PR, Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.  

Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara.  Pemilihan parti PKR misalnya, penuh dengan tipu muslihat, manipulasi, pergaduhan, malah kronisme yang nyata.  

Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong, angkuh, kukubesi, chauvinis lagi rasis.  Dan seperti juga PKR, kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.  

Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.  

Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas, dihina dan difitnah semahu-mahunya.  

Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.  

Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi, hak kebebasan media atau keadilan?  

Sekiranya PR bijak, mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.  

Memilih untuk menjadi hantu polong membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam keramat adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi PR dan juga Marina, khasnya.  Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dari BERSIH 3.0 di mana semakin ramai yang meragui atau semakin muak dan jelak dengan PR apabila ia berakhir?

Kita percaya, selepas Janji Demokrasi, nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.  

@mediaumno : AZIZAN BERTEKAD PERTAHAN JAWATAN MB KEDAH


Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri.   Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.  

Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS.   Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin getir.  

Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama.  

Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan.  Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.   

Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan?  

Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk ‘menjerut’ beliau adalah masalah kesihatan.  Ini kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes, tekanan darah dan berbagai-bagai lagi.   Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas.  

Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu.  Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To’ Puan Hajjah Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.  

Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya adalah agak mencemaskan.  Sejauh mana berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan.  

Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan beliau.  Ramai yang menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan keluarga.  

Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP.  Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.  

Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan.  

Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak.  Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu ‘loklaq’ (tak senonoh).   Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.  

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim.  Beliau sebolehnya memastikan yang beliau tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak setuju dan tidak mempercayai ‘kesucian’ Anwar.  Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS Pusat.  

Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya.  Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan beliau.  

Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.   

Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur?  

Khabarnya, Azizan tidak akan berundur kerana bagi beliau, beliau telah dilantik oleh rakyat dan hanya rakyat yang boleh ‘menurunkannya’.   Malah, beliau juga telah bersedia dan semakin sihat untuk menghadapi musuh-musuhnya yang selama ini dibiarkan tanpa tentangan balas.  

Nampaknya, beliau agak keberatan untuk membiarkan musuh-musuhnya menang percuma.  

Inilah yang memeningkan kepala parasit-parasit di dalam PAS yang tidak sabar untuk melenyapkan terus sisa-sisa ulama yang ada di dalam kepimpinan parti.  Azizan juga pasti sudah sedia maklum bahawa beliau tidak boleh mengharapkan beberapa kerat ‘Ulama’ yang tinggal di dalam PAS untuk membelanya kerana kesemua mereka nampaknya sama ada sudah buntu, bingung atau mula termakan ‘nasihat’ parasit-parasit tersebut.  

Azizan kini bersendirian namun nekad untuk menjadi benteng terakhir kepimpinan ulama di dalam PAS.

Tuesday, August 28, 2012

@mediaumno : [EDISI MERDEKA] MASIHKAH KAU INGAT?




Tunku Abdul Rahman
Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.  

Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan. 


Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya  dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.

Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

@mediaumno : @rafiziramli VS @n_izzah THE PROXY WAR - PART 3



Today Raja Petra Kamaruddin, fondly known as RPK came out with an article analyzing the chances of Nurul Izzah in Lembah Pantai. Well, as we suspected previously, it looks like Nurul Izzah is going to lose LP in the coming general election. However, what interest us most is that the plan or strategy that is going to be employed by Nurul Izzah in the coming GE. 

 Knowing that she has not done much for the people of Lembah Pantai, RPK now wants Nurul Izzah to win by using MONEY i.e. bribing the voters to vote for her. First of all, before we touch on this "vote buying" exercise by Nurul Izzah, let us share with our readers what the people of Lembah Pantai has to say about Nurul Izzah:

"Seri Pahang flats resident Mohd Shardi Hashim, 34, pointed out that the Raja Nong Chik was more ‘people savvy’ and had contributed a lot to the Lembah Pantai folks"

“He made a lot of changes and assisted us in many ways. He goes to the ground often and talks to the people. He also listens to our problems and addresses them, especially on housing. On the other hand, I seldom see Nurul Izzah. I don't know what she has done for the constituency. What I do know is, she just started appearing again quite recently.”


Sue Anna Tan, 34, agreed with Mohd Shardi and said she was surprised when Raja Nong Chik sent her an SMS wishing her happy birthday recently.

“I have no idea how he got my number but it was rather sweet of him to text me,” she said. 

All this shows only one (1) thing, which is Raja Nong Chik is working for the people of Lembah Pantai, and taking the effort to hear to the problems from all walks of life, be it Malays or Chinese. To counter the popularity of RNC, Nurul Izzah has now come up with two (2) solutions, but we will address her no 1 plan first which is to fight RNC with MONEY. 

Bribing the voters of Lembah Pantai

Knowing that she has no chance, Nurul Izzah has now resorted to setting up an account with the help of RPK. This account will then be used to receive money from her supporters and buy her way in the coming GE. For us, this most disappointing, a vice president of PKR and presumably a young politician with great future resorting to money politics to win the next election. So much for "clean and transparent" election Nurul Izzah. Shame on you!

However, Rafizi Ramli by being the so called blue eyed boy of Azmin Ali, is now laughing his way to Pandan, where if he wins and Nurul Izzah lose, the post GE - 13 PKR leadership line up will be :

President               : Azmin Ali

Deputy President  : Rafizi Ramli

An end to the nepotism of the Anwar Ibrahim family in PKR. 

@mediaumno : PRASARANA LAUNCHES RM 2 BILLION SUKUK



Malaysian state-owned public transport operator Syarikat Prasarana Negara Bhd has opened books on its dual-tranche 2 billion ringgit sukuk Murabahah on Tuesday, according to IFR Asia.
The issue is already 100 per cent oversubscribed and pricing is expected to be finalided at the end of the day, said IFR. CIMB Group Holdings Bhd is managing the 1 billion 15-year Malaysian ringgit portion, while Kenanga Investment Bank and RHB Investment Bank Bhd are the joint lead managers on a 1 billion ringgit ten-year tranche.
Funds raised from the sukuk will go towards extending part of the country's light rail transit (LRT) network. The project is listed as one of the National Key Result Areas (NKRA), aimed at transforming public transport services.
Prasarana had issued contracts worth of 4.5 billion ringgit as of March for this purpose. It recently awarded a 955 million ringgit contract to a joint venture comprising George Kent (Malaysia) Bhd and Lion Pacific earlier this month. — Reuters

@mediaumno : [LATEST] MANSOR OTHMAN TO BE FIRED?



Datuk Mansor Othman who is the Deputy Chief Minister I (CM - 1) is now on the verge of being sacked from PKR due to his alleged sabotage of Chief Minister Lim Guan Eng, alleged sources within the PKR leadership in Penang. 

This is due to the exposed of transcripts conversation during the Penang PKR internal meeting, where it showed that Mansor Othman calling Lim Guan Eng an arrogant leader who is now big headed and can't be brought to discuss on issues related to seat allocation. 

It was also brought to our attention that Mansor Othman said that Lim is now so proud of DAP's achievement that he want's to contest in all Chinese dominated seats in Penang. This of course has brought the ire of PKR's chinese leaders who feels that DAP is taking away their roles. 

The Criticism hurled by Mansor against the Penang Chief Minister, Lim Guan Eng, who is also DAP secretary-general is seen as an act of distrust amongst the opposition leaders while the public sees this as an existence of cracks in the PR collaboration. 

Many DAP leaders seemed unable to restrain their anger and urged the leadership of  PR to take immediate steps, including getting rid of the Penang PKR chairman from office after the general election.

According to DAP insiders as well, Mansor's actions not only undermine the credibility and integrity of Lim, but also destroyed Lim's image which was orchestrated as a hero of the Chinese.

In addition to the personal scandals Mansor who have intimate relations with a Chinese girl is also public knowledge to DAP and PKR leaders, it is feared  this will lead to an increasingly tarnished image of the opposition thus restrict PR opportunity to capture Putrajaya  in the 13th general election later.

Therefore, for now DAP want's Mansor Othman to be sacked for insulting Lim Guan Eng. So will Anwar Ibrahim bow to the pressure?


Sunday, August 26, 2012

@mediaumno : KENAPA HAJI HADI TERLALU TAKUT DENGAN DAP?


Saya tertarik dengan satu statement Hj Hadi dalam Malaysiakini yang menyatakan perjuangan PAS untuk memartabatkan hukum hudud mengikut  demokrasi.

Kenyataan ini seharusnya diikuti dengan perlaksanaan tindakan untuk memastikan PAS akan mendapat mejoriti kerusi dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan tanpa tindakan adalah angan angan mat jenin. Ianya adalah satu pengharapan dengan yang tidak akan menjadi nyata.

Untuk kita menjadi dominan pada demokrasi PAS mesti menjadikan parti itu sebuah parti hang mendapat mejoriti kerusi didalam PR.

Sejarah PAS, parti ini tidak pernah bertanding lebih dari 62 kerusi dalam Pilihanraya negara.
Sekali lagi pembohongan dan niat mereka tidak benar untuk PAS merealisasikan hasrat memartabatkan islam.

Tantawi pernah menipu dalam debat bahawa, dimana sahaja kerusi UMNO bertanding disitu PAS akan bertanding, apabila menjawab isu bagaimana PAS mahu menjadi Dominan dalam PR.

Sudah cukup penghinaan yang yang dibuat oleh PAS terhadap Islam di Malaysia. Banyak perkara yang cuba pas laksanakandalam tindakan memartabatkan islam telah membawa kepada penghinaan kepada agama islam.

PKR masuk masjid, DAP baca ayat quran , Selangor ajar islam kristian dan banyak lahir dalam PR yang menghina islam tetapi PAS gagal dalam menjaga kesucian Islam dalan PR!

SUMBER : SUARA RAZLAN'S

@mediaumno : @cmlimguaneng THE PRO DEVELOPER C.M VS THE RAKYAT

Penang Chief Minister Lim Guan Eng did it again. After the controversial sale of Bayan Mutiara prime land to private developer linked to Danny Tan and Vincent Tan, he is involved in the RM11mil sale of a 0.4ha land in Taman Manggis, which was previously earmarked for affordable housing.

The Taman Manggis land, which Barisan claimed to have been earmarked for affordable housing by the previous state government, was instead proposed by the present administration for a private medical centre.

Barisan had also contended that the land at the junction of Jalan Zainal Abidin-Lorong Selamat had been sold to the Kuala Lumpur International Dental Centre at RM232 per sq ft or RM11mil, far below the market price of RM450 per sq ft or RM21,562,200.

In an immediate response, Lim said the land had been awarded via open tender to the bidder with the highest price.

The main point is not whether the land is being sold to the bidder with the highest price. There are several other considerations:

1) Why would the state government sold a land earmarked for affordable housing to a private business group?

2) The present government affordable housing scheme is flawed. It is not about just providing low cost housing but the state must take cognizance not to push out the working class and lower middle class from the island. A few people remarked to me that Penang island is soon becoming a place for the rich locals and foreigners. Workers enclave must be created near to economic hubs/areas on the island and not only on the mainland. 

3) Using the highest price to justify a sale of land earmarked for affordable housing makes Lim sounds like a CEO of a private company who is just interested to make the highest profit. Is Lim now being overly business friendly and neglecting the interests of 70% lower-middle class Penangites?

The issue of Bayan Mutiara is far from over. We shall monitor the situation to see if the state government is going to make the private developer deliver on the 30% affordable housing promise/requirement. 

Lim may be riding on high popularity wave due to his populist policy and an irreparable and divisive UMNO but the impact of his decisions on land sale and land swap to finance infrastructure and housing projects in Penang is going to prove costly in the 14th General Election for DAP and Pakatan.

Written by,

Khoo Kay Peng
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, August 25, 2012

@mediaumno: MANSOR AND GANG NEED TO REVIEW THEIR POSITIONS

Too scared of Guan Eng?

Now it is in the open...the relationship between the three parties in Pakatan Rakyat (PR) is not as good as it is made to be and believe. Except for the top leadership of the parties that project the ‘so-called closeness’, the undercurrent is far from what is shown in public.
Penang deputy Chief Minister Mansor Othman’s comments about his boss Lim Guan Eng that was leaked in the minutes of his meeting showed a clear ‘antagonistic’ attitude towards Guan Eng.
Not just the words ‘arrogant and to’kong’, more so the internal bickering on their working relationship was revealed indirectly – they just cannot work together on seat allocations what more to rule on consensus as the leadership have projected.
Guan Eng’s antics are no longer a secret, dictatorial with a slant in racism – Malays and Indians do not seem to exist in his administration of the state.
Mansor and other Malay leaders in state PKR as well as PAS should by now decide whether to continue playing second fiddles on tools to dominant DAP or leave the party and join Barisan Nasional (BN).
There is still time for them to reflect on their past and chart a new path for the future – that is if all of them think the Malays and Indians in the state should be treated equally economically and politically.
There is nothing wrong in admitting one’s mistakes and return to the right path because every human make mistakes and returning to the right path is considered as brave and honest.
Right now, Mansor and other Malay leaders including PAS leaders in the state are mere followers to a seemingly dictatorial administration where they cannot even open ntheir mouths to proetc or promote the Malays or the Indian voters.
It is no wonder that Guan Eng is so powerful and the Chinese voters in Penang love him as whatever he said is taken as orders – no two ways about it.
Mansor and PAS leaders in the state cannot depend on de factor Chief Anwar Ibrahim to defend them because that man is busy planning his own future to be the Prime Minister, no matter what it takes – even selling his loyal friends like Mansor and PAS leaders in the state.
Anwar just wanted the support for him to be number one in the country and he could not care less about the rest.
Given such situation, Mansor and the Malay leaders in PKR and PAS leaders in the state should think for themselves and the future of their struggle for the Malays and Islam.

@mediaumno : Semarakkan #Merdeka55 Dengan @twtupmerdeka Bukannya #JanjiBersih


Mari kita sebagai rakyat Malaysia, yang setelah sekian lama menikmati keamanan dan kemakmuran menghayati semangat Kemerdekaan ke -55. Jangan disebabkan perbezaan politik, ideologi dan agama negara ini dipecah - belahkan. Ini sesungguhnya tidak menguntungkan kita sedikit pun, tetapi menguntungkan musuh - musuh kita yang diluar. Di dalam Asia Tenggara, Malaysia adalah satu - satu nya negara Islam yang berjaya, 
  1. Di Singapura, orang Islam dikategorikan sebagai 2nd class citizen.
  2. Di Indonesia, walaupun negara Islam terbesar di dunia, tapi lihat sahaja di Jakarta dengan golongan fakir miskin yang meminta bantuan/sedekah di tepi jalan.
  3. Di Myammar kaum Rohingya dirogol dan dibunuh, 
  4. Di Filipina, orang Islam di Mindanao disisihkan dari pembangunan oleh kerajaan di Manila
  5. Di Thailand, orang Islam selatan thailand dibunuh dengan kejam.

Adakah kita di Malaysia ini, sebagai orang Islam mahu juga perkara - perkara yang saya mention di atas terjadi?

Thursday, August 23, 2012

@mediaumno: @N_izzah KANTOI FITNAH @RajaNongChik

There was an article today in The Malaysian Insider, where a man alleged he had received death threats for criticising Raja Datuk Nong Chik Zainal Abidin.

S. Pathavachalam said he received two death threats against him and his family for speaking out against the federal territories and urban well-being minister.

However, I would like this S. Pathavachalam to give me the phone number & time he received this so called "death treats'. By just accusing Dato Raja Nong Chik is just not enough.

To Nurul Izzah, who was seen with S. Pathavachalam please try harder in your bid to win Lembah pantai in the next General Election. Maybe in GE12, smear tactics & fitnah was enough but not this time. We the voters have become smarter and would not believe Pakatan Rakyat anymore.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, August 22, 2012

@mediaumno : TERKINI LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP @chegubard oleh KP SEPUTEH @RazlanRafii

Perbuatan kurang ajar SAMM & ABU

Saya telah dimaklumkan oleh En. Niya Ahmad Bin Sheikh Isindar, selaku pekerja di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh melalui telefon jam 12.00 pm, 21 Ogos 2012 bahawa terdapat sticker – sticker Asal Bukan UMNO (ABU) ditampal di sekitar Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan juga banner Selamat Hari Raya dan bahagian muka pemimpin UMNO Seputeh seperti Datuk Mustapa Kamal dan pemimpin – pemimpin lain.

Papan tanda pusat komuniti pun SAMM rosakkan
Jesteru itu, saya bergegas ke Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan tiba di sana jam 2.00 pm dan mendapati sticker ditampal termasuk ditampal pada papan tanda Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Seputeh.

Laporan ini dibuat terhadao keganasan harta benda – Vandalism – yang telah dilakukan oleh mereka dan siasatan mestilah dilakukan terhadap pelaku tersebut.

Sepengetahuan saya, Tema ABU ini digunakan oleh Persatuan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang pengasasnya adalah Badrul Hisham Shahrin.
Melalui twitter akaun @Chegubard beliau menyarankan pengedaran poster ini dibuat semasa musim Ramadan dan mereka mempunyai jaringan untuk menampal poster dan sticker di seluruh negara.

Jesteru itu, laporan ini juga dibuat untuk pihak polis menyiasat adakah penglibatan En. Badrul Hisham Shahrin selaku pengasas SAMM terlibat secara terus dalam aktiviti penampalan sticker di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh.

Oleh Saudara Razlan Rafii,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh,
WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur

Thursday, August 16, 2012

@mediaumno : HUA ZONG JANGAN JADI KEPARAT

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah mencadangkan supaya syarat pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan. Berita bertajuk Pheng Yin Huah cadangkan JPA beri kelonggaran pengambilan kakitangan awam kaum Cina dan India disiarkan menerusi ruangan Dalam Negeri halaman tiga.



Katanya sekarang nisbah kemasukan dan pengambilan kaum Cina serta India untuk bekerja di sektor awam terlalu sedikit. Disebabkan tu si Tan Sri Pheng Yin Huah mencadangkan supaya syarat pengambilan berkenaan dilonggarkan untuk memberi laluan kepada kedua-dua kaum itu mengambil bahagian dalam sektor kerja kerajaan.

Hah part ni la yang best nak cerita. Cuba baca dengan teliti dan tenang REASON @ ALASAN kenapa anak² Cina tak berminat bekerja dengan kerajaan.

REASON DAN ALASAN SILA CLICK BLOG REZQEEN HILL

Wednesday, August 15, 2012

@mediaumno : 10 TAHUN TUNGGU MASJID Cc @RazlanRafii



Disamping kami mengumpulkan Tandatangan Untuk Menyokong Pembinaan Sebuah Masjid, Pemuda Salak Jaya dan Pemuda UMNO Seputeh juga berkunjung rumah ke rumah untuk memberi sumbangan.

Sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada Anak-anak muda Taman Salak Jaya yang berhajat berkongsi hasil duit gaji mereka bersama penduduk islam Taman Salak Jaya.

Berikutan daripada itu, satu kenyataan sudah dikeluarkan....

Seputeh : Sudah lebih 10 tahun penduduk Taman Salak Jaya memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina di hadapan jalan besar Taman Salak Jaya. Permohonan ini di minta berdasarkan penambahan penduduk islam yang semakin ramai di sekitar taman ini. 

Di jalan besar dari Jalan Pudu membawa ke Razak Mansion sehingga ke Pekan Sungat Besi, tidak ada sebuah masjid pun di jalan utama, hanya terdapat surau Jumaat di Taman Salak Jaya dan juga Taman Sungai Besi.
Surau Jumaat ini sering kali digunakan oleh mereka yang bekerja di sekitar Jalan Chan Sow Lin, Pekan Salak South, Taman Sungai Besi dan PPR Salak Selatan. Penambahan Penduduk di MidFields juga dikhuatiri tidak lagi boleh menampung penambahan jemaah Islam di masa akan datang.


Penduduk disini sudah lama memperjuangkan sebuah Masjid agar dibina dan kelulusan daripada Jawi untuk memperuntukan sebanyak RM13.5 juta sudah diluluskan.

Permohonan ini juga sudah dalam pengetahuan YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar semasa beliau mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Pemuda UMNO Bahagian Seputeh pada tahun 2011.

Susulan daripada kunjungan itu, April 2012, Pihak DBKL sudah mengeluarkan satu surat yang menyatakan lokasi tanah yang kami pohon adalah milik DBKL yang di wartakan untuk pembanggunan IKS.

Baru-baru ini kami mendengar berita bahawa tanah ini akan di jual kepada Sebuah Syarikat untuk dibanggunkan dan penduduk membantah penjualan tanah ini.

SAMBUNGAN KENYATAAN BOLEH DIBACA DI SUARA RAZLAN'S 

Tuesday, August 14, 2012

@mediaumno : KOMPLOT JATUHKAN @NajibRazak DIBONGKAR


Raja Petra Kamaruddin (RPK), penulis kontroversi, yang pernah dirawat kerana masalah ‘jiwa’ ketika muda, sekali lagi membuat kejutan melalui tulisan terbarunya. Kali ini, beliau mempersoalkan kewibawaan P.Balasundram, seorang penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan pembangkang dengan Perdana Menteri.  

Realitinya, kes tersebut telah pun selesai dan terbukti tiada sebesar hama pun bukti atau saksi yang boleh mengaitkannya dengan Perdana Menteri.  Namun, entah kenapa, kes ini masih lagi ‘berkumandang’ di udara Malaysia saban hari terutama di portal-portal pembangkang.  Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati kerana ‘dalang’ pembunuhan masih belum tertangkap, kata mereka.  

Tentu sekali semua pihak termasuk Perdana Menteri inginkan kebenaran dan inginkan agar dalang tersebut ditangkap.  Oleh itu, walaupun kita musykil dengan kewibawaan dan ‘kewarasan’ RPK, kita harap tulisan beliau yang terbaru ini dapat memberikan kita sedikit harapan.  

Kali ini, RPK membayangkan persoalan sama ada Balasundram terlibat dalam pembunuhan Altantuya secara langsung memandangkan keterangannya yang kabur, berbelit-belit dan beberapa kali ‘U-turn’ setiap kali disoal-siasat dan membuat kenyataan.   

RPK juga mengulangi kenyataannya bahawa pihak pembangkang, terutamanya Anwar, menjadi dalang memburukkan nama Dato’ Seri Najib dengan mengaitkan beliau dalam pembunuhan Altantuya.  

Nama-nama yang disebut oleh RPK  selain Balasundram dan Anwar, termasuklah peguam PKR M.Puravalen dan Ahli Parlimen Subang serta pengasas SUARAM, Sivarasa Rasiah.  Puravalen pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan personaliti yang pernah menjadi kontroversi di era Tun Abdullah Badawi, iaitu Kalimullah Hassan.  

RPK mendedahkan bahawa Balasundram dijanjikan upah setinggi RM5 juta untuk membuat akuan bersumpah mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya dibayar RM700,000 yang mana menjadi punca beliau membuat U-Turn.  Beliau kemudiannya diupah oleh pihak lain pula untuk membuat cerita yang berlainan.  

Apapun peranan Balasundram dalam kes Altantuya, iaitu sama ada beliau adalah pembunuh, bersubahat dengan pembunuh, perancang, atau sekadar mengambil kesempatan, yang menjadi persoalan di sini ialah peranan pihak pembangkang, atau lebih tepat Anwar Ibrahim, dalam menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri.  

Walaupun RPK mempunyai rekod sakit mental, dan sering berhalunisasi menjadi manusia berintegriti atau wira penyelamat negara tetapi kita tidak boleh mengenepikan sahaja seluruh skrip yang ditulisnya kali ini.  Ini kerana, ini bukan kali pertama beliau mendedahkan perkara yang sama di mana sebelum ini, beliau juga mengakui terlibat sama dalam menyebar fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri berdasarkan ‘dengar-cakap’ setelah diarah atau mungkin diupah oleh pihak-pihak tertentu.  Untuk itu, sekadar rekod, RPK juga adalah penulis upahan dan bagi seorang penulis upahan untuk mengaku salah atau silap menyebar fitnah, pastinya menunjukkan yang beliau berkata benar.   Lagipun, tidak mungkin seorang yang ego seperti beliau sanggup mengaku tersilap yang mana pasti akan merosakkan kredibilitinya.  

Oleh itu, tidak perlu untuk kita bertanyakan tentang motif RPK mengambil sikap seperti Balasundram iaitu membuat U-turn dalam perkara ini, tetapi kita perlu bertanyakan diri kita apakah wajar kita memberi mandat kepada pembangkang yang begitu jahat dan busuk hati dalam pilihanraya kali ini?

Kenapakah pembangkang tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri secara anak jantan melalui pilihanraya dan beradu kekuatan dengan menabur jasa?  Kenapa perlu memfitnah dan mengupah begitu ramai orang untuk menjatuhkan Perdana Menteri?  

Apakah kerana mereka sedia maklum bahawa rakyat tidak bersama mereka dan memerlukan ‘jalan-belakang’ untuk berkuasa?   Apakah mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan dan ketidakupayaan mereka? 

Apapun, pendedahan RPK tidak harus diabaikan sahaja.  Ia perlu dibawa ke atas agar kebenaran terserlah dan agar roh Altantuya dapat bersemadi dengan aman.

@mediaumno : PENUMPANG MONOREL TERKANDAS AFIQAH DAN KANDUNGAN SELAMAT @MyRapidKL

Untuk siaran segera

Isnin, 13 Ogos 2012

Siaran Akhbar

PENUMPANG MONOREL TERKANDAS AFIQAH DAN KANDUNGAN SELAMAT

Puan Nur Afiqah Ghazali dan suaminya, Husni Abdul hamid  - dua penumpang dalam insiden tren monorel terkandas di Brickfields Sabtu lepas, menimba kekuatan dan semangat daripada satu sama lain dalam menangani suasana tertekan semasa terkurung dalam tren berkenaan.

“Keadaan sememangnya panas dan sesak. Dan, kami saling memberi semangat sesama kami sementara menunggu bantuan sampai. Saya bersyukur suami saya berada di sisi saya ketika itu,” kata Afiqah, yang mengandung lima bulan.

“Alhamdulillah, segalanya selamat … doktor mengesahkan kandungan saya selamat,” tambah Afiqah ketika dikunjungi hari ini oleh delegasi KL Monorel di rumahnya di Kuala Selangor bersama-sama dengan suaminya.
“Rancangan kami membeli belah pada hari Sabtu lepas terbantut kerana insiden itu. Tetapi, semua urusan membeli-belah itu telah kami selesaikan semalam,” kata guru berusia 25 tahun itu, yang ditemui hari ini selepas pulang daripada mengajar SRJK (Tamil) Ladang Kampung Baru, Kuala Selangor.   

Dalam insiden yang berlaku Sabtu lepas berdekatan dengan Stesen Monorel Tun Sambanthan, Afiqah dan suaminya serta 181 penumpang lain terkandas dalam tren monorel yang berhenti tiba-tiba selepas kehilangan kuasa. Mereka kemudiannya dibawa turun dalam satu misi menyelamat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Afiqah dan dua mangsa lain termasuk Cik Rosita Aggraeni Lufti yang pengsan dalam insiden berkenaan, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima lawatan.

“Di hospital, saya terus dimasukkan air kerana saya mengalami ‘dehydration’ …  mujur tiada perkara buruk berlaku,” kata Afiqah kepada wakil kl monorel  Puan Masnizam Hisham yang mengetuai rombongan menemui beliau.

Malam tadi, Masnizam dan anak-anak buahnya juga berkunjung ke rumah Rosita di Bukit Jelutong, Shah Alam untuk melawat beliau.

Berwajah ceria, Rosita, seorang pengguna tegar pengangkutan awam di Lembah Klang, berkata bahawa tidak banyak yang dapat beliau ceritakan tentang insiden berkenaan.

“Saya dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk hantar baju yang syarikat saya sewa … tiba-tiba tren berhenti, sejurus selepas itu lampu padam dan ‘air-con’ mati … keadaan panas dalam tren dan orang pula ramai.

“Saya mengalami kesesakan nafas dan saya pengsan … sedar-sedar saya sudah berada di hospital,” Rozita, yang terus menerima intravena air sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Masnizam juga memberitahu bahawa KL Monorel telah menubuhkan satu jawankuasa siasatan bebas dalaman untuk menyiasat dengan lebih lanjut tentang kejadian berkenaan.

Menurut beliau, untuk tujuan itu, tren yang terbabit kini dikuarantin dan siasatan itu dijangka selesai awal bulan depan.

“Hasil siasatan ini akan kemudiannya dikemukakan kepada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),” tambah Masnizam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali at 019-3837865 atau Haliza Hamid di 019-2210058.  

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget