KL CHRONICLE: @mediaumno : TERKINI LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP @chegubard oleh KP SEPUTEH @RazlanRafii

Wednesday, August 22, 2012

@mediaumno : TERKINI LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP @chegubard oleh KP SEPUTEH @RazlanRafii

Perbuatan kurang ajar SAMM & ABU

Saya telah dimaklumkan oleh En. Niya Ahmad Bin Sheikh Isindar, selaku pekerja di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh melalui telefon jam 12.00 pm, 21 Ogos 2012 bahawa terdapat sticker – sticker Asal Bukan UMNO (ABU) ditampal di sekitar Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan juga banner Selamat Hari Raya dan bahagian muka pemimpin UMNO Seputeh seperti Datuk Mustapa Kamal dan pemimpin – pemimpin lain.

Papan tanda pusat komuniti pun SAMM rosakkan
Jesteru itu, saya bergegas ke Pejabat UMNO Bahagian Seputeh dan tiba di sana jam 2.00 pm dan mendapati sticker ditampal termasuk ditampal pada papan tanda Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Seputeh.

Laporan ini dibuat terhadao keganasan harta benda – Vandalism – yang telah dilakukan oleh mereka dan siasatan mestilah dilakukan terhadap pelaku tersebut.

Sepengetahuan saya, Tema ABU ini digunakan oleh Persatuan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang pengasasnya adalah Badrul Hisham Shahrin.
Melalui twitter akaun @Chegubard beliau menyarankan pengedaran poster ini dibuat semasa musim Ramadan dan mereka mempunyai jaringan untuk menampal poster dan sticker di seluruh negara.

Jesteru itu, laporan ini juga dibuat untuk pihak polis menyiasat adakah penglibatan En. Badrul Hisham Shahrin selaku pengasas SAMM terlibat secara terus dalam aktiviti penampalan sticker di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh.

Oleh Saudara Razlan Rafii,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh,
WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget