KL CHRONICLE: @mediaumno : Perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ gugat sambutan Merdeka

Thursday, August 30, 2012

@mediaumno : Perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ gugat sambutan Merdeka

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, OCPD Zainuddin Ahmad, hari ini berkata, perhimpunan Janji Demokrasi yang dianjurkan oleh Gabungan Janji adalah perhimpunan haram yang akan menggangu persiapan sambutan Hari Kemerdekaan ke 55.

Menurut beliau lagi, Gabungan Janji telah gagal untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman, 2012. 

"Saya ingin memaklumkan bahawa perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2012 antara 2200 hrs hingga 2400 hrs adalah satu perhimpunan yang bertentangan dengan undang-undang diatas alasan-alasan seperti berikut:

"Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kepada ketua polis daerah, Dang Wangi.

"Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

"Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2012," kata surat yang dikirimkan oleh Polis Daerah Dang Wangi kepada Maria Chin Abdullah, wakil Gabungan Janji.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget