KL CHRONICLE: Samsengnya Lim Guan Eng!! #Negaraku #Malaysia

Friday, December 1, 2017

Samsengnya Lim Guan Eng!! #Negaraku #Malaysia


1. Lim Guan Eng menyekat peruntukan banjir kepada ADUN Tanjung Bunga dari PKR YB Cheah Kah Peng atas alasan prestasi kerja dan dimaki oleh pengundi di kawasan beliau.

2. Logikkah alasan tersebut? YB PKR itu adalah YB Pakatan Harapan. Sedangkan Najib walaupun mendapati Guan Eng gagal mengurus bencana banjir baru baru ini, telah mengarahkan bantuan Kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang setelah Lim Guan Eng menangis kuat di waktu subuh merayu bantuan daripada TPM. 



3. Memang tidak manasabah alasan itu. Lim Guan Eng adalah diktator dan tidak boleh dikritik. Sebenarnya YB Cheah sering mengkritik polisi Guan Eng. Ia memuncak apabila Cheah dan 4 lagi ADUN PKR berkecuali terhadap “usul” yang dibawa oleh YB UMNO di DUN supaya diadakan “Pendengaran awam” mengenai projek penambakan laut dan “menangguhkan” projek projek “penambakan laut “ yang baru.

4. Alasan bahawa YB Cheah telah dimaki oleh pengundinya juga tidak manasabah. Bagaimana pula ADUN Datuk Keramat dari DAP iaitu Jagdeep Singh Deo dan MP Bkt Gelugor Ram Singh Deo yang dimaki oleh pengundi mereka semasa melawat kawasan banjir sebelum ini. Video mereka dimaki telah menjadi viral. Kenapa YB adik beradik tu tidak disekat peruntukan banjir mereka.

5. Lim Guan Eng memang pendendam. Dia mentadbir secara samseng. Dia semakin tidak popular di kalangan NGO’s. Golongan Kelas Menengah semakin menolak beliau. Indah khabar dari rupa. Cukuplah. Orang Penang wajar menolak DAP. Ini kalilah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget