Berita ini mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak. Tapi bagi yang mengikuti secara rapat isu-isu rasuah dan skandal melibatkan Azmin Ali atau proksi dan orang-orang kanannya, ini cuma berita kecil sahaja. Hakikatnya, lebih ramai yang terlibat. Jumlah wang yang diseleweng juga lebih banyak. Hanya menanti masa sahaja untuk dibongkarkan oleh SPRM dan didedahkan kepada umum.
Namun bagi kami, kecil atau besar, ia tetap penting untuk diperkatakan. Pertama, kerana selama ini Azmin terlalu sombong dan angkuh dengan mendabik dada kononnya kerajaan negeri pimpinannya mengamalkan ketelusan serta bebas ketirisan. Dalam pembentangan Belanjawan Selangor dan dalam siri ceramah atau ucapannya selama ini misalnya, tak habis-habis dia mengangkat dirinya sendiri sebagai Menteri Besar kepada sebuah kerajaan negeri yang benci rasuah dan penyelewengan.
Kedua, kerana Azmin adalah satu-satunya Menteri Besar yang hingga ke saat ini belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah walaupun pernah pada suatu ketika menyatakan komitmen kepada DUN Selangor untuk mengambil bahagian dalam proses yang diinisiatifkan oleh SPRM itu dalam usaha mengekang gejala rasuah di negara ini. Macam-macam alasan diberikan. SPRM bahkan diperlekehkan oleh Azmin dan para penyokongnya.
Semalam, 29 November 2017, menjadi hari malang buat Azmin kerana anak saudaranya sendiri yang bernama Mohd Nurul Fadli Mohd Noriyualsaid, ditahan oleh SPRM atas dakwaan melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Ketika ditahan, wang sebanyak RM4 juta turut dirampas dan pelbagai akaun lain dibekukan.
Berikut beberapa fakta penting yang wajib anda tahu di sebalik kes ini :
1. Mohd Nurul Fadli Mohd Noriyualsaid berusia 34 tahun ketika ditahan di kediamannya di No.35 Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur pada jam kira-kira 1 tengah hari, 29 November 2017.
2. Turut ditahan oleh SPRM ialah dua orang ahli perniagaan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.
3. Ketiga-tiga suspek ditahan atas dakwaan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan secara langsung oleh Menteri Besar Selangor.
4. Sejumlah wang bernilai lebih RM4 juta ditemui dalam serbuan yang dilakukan selain beberapa akaun turut dibekukan bagi membantu siasatan pihak SPRM.
5. Nurul Fadli seorang penganggur yang hidup mewah termasuk memiliki kediaman dan pelbagai kenderaan yang mewah dipercayai kerana menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Azmin Ali untuk mendapatkan komisen, hadiah dan sebagainya melalui projek-projek yang diluluskan.
6. Sering mengemaskini laman sosialnya dengan aktiviti harian bersama Azmin Ali termasuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting dan acara-acara rasmi atau parti.
Kes ini juga mengingatkan kembali kita kepada penahanan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen PKR Ampang, YB Zuraida Kamaruddin pada 13 April 2017 yang lalu kerana memiliki kekayaan luar biasa termasuk sebuah rumah banglo berharga RM7 juta. Seperti Nurul Fadli, Adam juga sering mempamerkan kemewahan hidupnya di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persoalan tentang sumber kewangannya.
Seperti yang kami katakana tadi, ini hanya kecil sahaja. Sama ada Azmin menandatangani IBR atau pun tidak, pihak SPRM tetap akan membongkar penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dalam pentadbirannya.
Berikut kami senaraikan semula beberapa kes lain yang masih dalam siasatan serta berpotensi disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM dalam masa terdekat ini :-
*1) Skandal tanah Paya Indah Wetlands*
Kerajaan negeri didakwa meluluskan penukaran status tanah di Mukim Tanjung Dua Belas,Kuala Langat daripada pertanian kepada pembangunan walaupun terletak dalam kawasan yang digazetkan sebagai hutan warisan dunia.
*2) Skandal MBI-UNISEL-Jana Niaga Sdn. Bhd.*
Melibatkan pembayaran sebanyak RM16 juta oleh MBI kepada syarikat Jana Niaga yang telah ditamatkan kontrak selenggara bangunan di UNISEL.
*3) Skandal tanah Kg. Sungai Yu, Permatang*
Agihan tanah tidak telus kepada kroni dan orang luar serta tidak memenuhi kelayakan selain ketiadaan sebanyak 18 nama dalam rekod JPN.
*4) Skandal Jirat Cina Jeram*
Kelulusan projek diberikan walaupun dibantah oleh penduduk yang terdiri daripada majoriti orang Melayu dan beragama Islam.
*5) Skandal SPLASH*
Pertambahan nilai harga pengambilalihan sebanyak 10 kali ganda kepada RM2.975 bilion berbanding harga asal RM250.6 juta ketika pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim.
*6) Skandal Tabung YAWAS*
Penyelewengan dilakukan oleh segelintir ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang dipertanggungjawabkan mengurus dana amanah tersebut termasuk melakukan transaksi di luar negeri dan diberikan kepada penduduk bukan warga Selangor.
*7) Skandal Hilman*
Pegawai muda di pejabat kerajaan negeri yang hidup mewah walaupun gaji kecil termasuk memiliki sebuah kereta Toyota Altis serba baharu bernilai RM120 ribu, sebuah rumah yang dibeli dengan harga lebih RM600 ribu dan kos pengubahsuaian dianggarkan lebih RM200 ribu.
*8) Skandal Pintu Gerbang Darul Ehsan*
Hingga kini Azmin tidak menjelaskan siapakah penderma yang menyumbang sebanyak RM9.8 juta untuk projek ini dan apakah kaitannya dengan kerajaan negeri. Pada peringkat awal, difahamkan, projek ini dilaksanakan dengan pembiayaan pendahuluan oleh kerajaan negeri tetapi hingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan sama ada wang tersebut telah digantikan oleh penderma atau sebaliknya.
*9) Skandal Kubah Masjid Negeri Selangor*
Sebanyak RM32.4 juta diperuntukkan untuk menukar kubah Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, suatu jumlah yang sangat tidak masuk akal bagi sebuah projek kecil seperti itu.
*10) Skandal Projek Balak*
Didakwa berlaku di seluruh negeri melibatkan kawasan hutan yang dilindungi.
*11) Skandal Kekayaan Segera YB Zuraida Kamaruddin*
Berasal daripada hanya penjual buah, kehidupan Zuraida berubah sekelip mata selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Ampang. Pada 18 April 2017, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos membuat laporan kepada SPRM berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki Zuraida, antaranya termasuklah 9 buah kenderaan pelbagai jenis dan mewah.
*12) Skandal S. Manikavasagam*
Bekas Ahli Parlimen Kapar ini ditangkap bersama wang sebanyak RM30 ribu di dalam keretanya pada 16 Jun 2016 atas dakwaan penyelewengan membabitkan peruntukan membaiki kemudahan awam di parlimen tersebut.
*13) Skandal Rasuah Seks dan Wanita di pejabat MB Selangor*
Didedahkan oleh Rafizi Ramli tetapi tiada tindakan susulan diambil oleh SPRM selepas mengesahkan tiada bukti ditemui dalam siasatan yang dilakukan. Habis kenapa Rafizi bongkar? Bukti apa yang dibongkarkannya?
*14) Skandal Tanah Ijok*
Dikatakan antara skandal penyelewengan tanah terbesar di Malaysia membabitkan sejumlah 2,000 ekar di Ijok, Selangor yang diperuntukkan kepada dua buah syarikat iaitu Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd. untuk dibangunkan pada 2008 tetapi diambil semula oleh kerajaan PKR sebelum dijual kepada syarikat Eco World pada harga lebih RM1 bilion.
What's next? Mungkin soalan yang lebih tepat ialah Who's next? Adakah Azmin Ali sendiri??
#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor
Kredit: Darul Ehsan Leaks
No comments:
Post a Comment