KL CHRONICLE: (Video) Lim Guan Eng kutuk kerajaan PAS Kelantan tidak reti urus banjir #Negaraku #Malaysia #Penang #Fail

Sunday, November 5, 2017

(Video) Lim Guan Eng kutuk kerajaan PAS Kelantan tidak reti urus banjir #Negaraku #Malaysia #Penang #Fail


Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam satu kenyataan beliau beberapa bulan lepas telah menghina dan mengutuk kerajaan negeri Kelantan kerana gagal menyelesaikan masalah banjir besar yang melanda negeri itu saban tahun. Ketika itu, bukan main lagi bongkak dan sombong Lim Guan Eng menghina kepimpinan PAS Kelatan. Namun hari ini beliau sendiri terpaksa meminta pertolongan kerajaan Barisan Nasional untuk membantu Pulau Pinang dari kemusnahan.



Memetik kata - kata Lim Guan Eng:



_"Beliau harus ingat, masalah banjir di Kelantan bukan kerana ada banjir tetapi puncanya kerana  100 ribu hektar, hutan simpan telah diratah dan ditebang.  Ini menyebabkan banjir jadi lebih serius. Selepas itu ada mangsa banjir 2014 masih belum dapat rumah"_

Dulu Lim Guan Eng pandai mengata orang, sekarang negeri Pulau Pinang hampir musnah akibat kerakusan kerajaan negeri meluluskan pembangunan di lereng bukit sampai tanah runtuh dan 11 orang maut. Kini banjir yang paling buruk melanda Pulau Pinang dan rakyat sengsara. Mana pergi semua barisan kepimpinan Pakatan Harapan bila tragedi ini terjadi?

Semua diam seribu bahasa. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget