KL CHRONICLE: Apa ni @AzminAli, dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian pun takut ke? #Negaraku #Malaysia #YP

Saturday, November 11, 2017

Apa ni @AzminAli, dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian pun takut ke? #Negaraku #Malaysia #YP


1. Hari ini negara dikejutkan dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang telah  memberhentikan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian dengan serta merta di setiap Jabatan dan Agensi dibawah kerajaan Negeri Selangor. Tindakan tidak bertanggungjawab Azmin Ali ini sekaligus membuktikan bahawa Menteri Besar Selangor ini mempunyai "hati tisu" dan langsung tidak boleh dikritik. 



2. Kami di #KLChronicle suka mengambil rujukan dari satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa (TSAM).  Dalam kenyataan media beliau, TSAM telah melabel tindakan Azmin Ali ini sebagai satu tindakan yang tidak matang dan kebudak-budakan. Kami di #KLChronicle setuju akan label yang diberi. 

3. Pertama sekali, sebagai Menteri Besar sudah semestinya Azmin Ali mempunyai pengkritik beliau. Pengkritik beliau sebenarnya bukan sahaja berada di luar Pakatan Harapan tetapi didalam parti beliau sendiri. Umum ketahui pemimpin - pemimpin PKR juga ada mengkritik pentadbiran Azmin Ali. Contoh yang paling jelas adalah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang pernah menceritakan kepada seluruh negara bahawa terdapat skandal rasuah seks didalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Rujukan : http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/rafizi-serah-bukti-rasuah-seks-kerajaan-selangor-kepada-sprm/

Jadi adakah selepas ini Azmin Ali ingin hentikan Rafizi Ramli dari bercakap didalam negeri Selangor seperti apa yang telah beliau lakukan kepada Utusan Malaysia dan Beritah Harian?




4. Kami di #KLChronicle juga terpanggil untuk pembaca menilai sendiri sikap berbeza yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Umum ketahui YAB Perdana Menteri telah dihina, dicaci dan difitnah dengan pelbagai isu terutamanya dari media - media pro pembangkang seperti Malaysiakini, Suara Rakyat (PKR), The Rocket (DAP) dan sebagainya namun tidak pernah sekali pun YAB PM mengarahkan portal mahu pun surat khabar parti sebegini dihentikan di Malaysia. 

5. Ini membuktikan YAB PM berjiwa besar dan beliau sedar bahawa sebahagian cabaran menjadi seorang pemimpin adalah perlu terbuka menerima kritikan. Namun nampaknya Azmin Ali lebih kepada seorang pemimpin yang berhati "tisu" sehingga terpaksa menghentikan langganan surat khabar Utusan dan Berita Harian. Isu nya mudah, kalau anda tidak bersalah buat apa takut dan hendak haramkan surat - surat khabar ini?


KENYATAAN MEDIA TAN SRI ANNUAR MUSA

KENYATAAN MEDIA
Tan Sri Annuar Musa (TSAM):
Jumaat, 10.11.17


1. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, kelihatan hanya hebat dalam mengharamkan akhbar tapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan usul memperkasa mahkamah syariah.

2. Langkahnya itu jelas menjolok mata apabila tindakan Kerajaan Negeri Selangor secara rasmi mengarahkan pemberhentian langganan akhbar kumpulan Utusan dan BH serta merta.

3. Ia adalah satu tindakan yang tidak matang dan kebudak-budakan.

4. Ini sekaligus s
memberi gambaran buruk terhadap kepemimpinan Azmin yg terus tunduk di bawah pengaruh DAP yg anti-Melayu dan anti- Islam.

5. Adalah terang lagi bersuluh betapa kerajaan negeri pimpinan Azmin begitu tertekan dan menghadapi masaalah  kompleks rendah diri.

6. Mereka seolah-olah tidak lagi punya keyakinan diri serta menaruh bimbang bahawa rakyat Selangor, terutama kalangan orang Melayu dan umat Islam, kini berubah dengan tidak lagi memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang ternyata dikuasai DAP serta tidak berhasrat membela kepentingan agama dan bangsa.

7. Akhbar Utusan dan BH diketahui sebagai media arus perdana yang sejak sebelum Merdeka lagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu dalam konteks negara pelbilang kaum, dan agama dilihat sebagai musuh kepada Kerajaan Selangor yang dikuasai DAP.

8. Kita yakin tindakan ini tidak direstui rakyat Selangor, dan ia akan meningkatksn penolakan rakyat terhadap Kerajaan Selangor di bawah telunjuk DAP.

9. Kerajaan Selangor lupa bahawa di bawah rangkaian Utusan dan BH, terdapat anak Selangor yang mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan, dan tidak pernah dianaktirikan.

10. Kita percaya tindakan yang biadap dan tidak wajar ini akan menyebabkan lebih cepat rakyat menolak pimpinan Kerajaan Selangor di bawah Azmin.

- TSAM
Jumaat, 10.11.17.

2 comments:

Anonymous said...

Kikikiki..

UTUSAN.MELOYA PUN TAKOT AKHIRNYA
MAKLUM LA HAYAT TAKHTA MB TAK LAMA
TINGGAL 3 BOLAN SAJA B4 PILIHANRAYA
LEPAS TU ASSMIN BERJIRAN DNG MENTORNYA
MENTORNYA SAPA LAGI ALJOOBURI NAMANYER



KIKIKIKI... ASSMIN MB PALONG SINGKAT TEMPOH JADI MB DI SELANGOR.... 3 BOLAN JER NAK SAKAU SIMPAN DAN SOROK. ..



KIKIKIKIKI... BERAMBOSS..

Anonymous said...

HARAMJADDAH PUNYER MB JAMBAN....

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget