KL CHRONICLE: @cmlimguaneng perlu belajar erti bersyukur, walaupun dihina BN tetap bantu DAP di #Penang #Negaraku #Malaysia #YP

Saturday, November 11, 2017

@cmlimguaneng perlu belajar erti bersyukur, walaupun dihina BN tetap bantu DAP di #Penang #Negaraku #Malaysia #YP


Baru - baru ini negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP telah dilanda banjir yang sangat teruk sehingga hampir 3,000 orang penduduk Pulau Pinang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas kawasan mereka dinaiki air. Akibat ketidak - cekapan kerajaan negeri, Setiausaha Agung DAP telah meminta bantuan kerajaan Persekutuan melalui satu panggilan kepada Timbalan Perdana Menteri pada pukul 3.30 pagi.


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turun ke Pulau Pinang untuk melihat dan membantu kerajaan negeri DAP
Namun apa yang tidak disedari oleh Lim Guan Eng ialah kerajaan Persekutuan sebenarnya melalui Askar Wataniah telah turun memberikan bantuan pada pukul 1.30 pagi lagi. Ini menunjukkan Lim Guan Eng sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku di negeri beliau sendiri walhal beliau merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang. Cubaan beliau untuk bermain politik gagal. 

Rujukan : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hishamuddin-puji-tindakan-pantas-atm-bantu-mangsa-banjir-pulau-pinang-159738



Malah, Kerajaan Persekutuan telah membuktikan keprihatinan mereka dengan menyalurkan pelbagai bantuan kepada kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP. Antara bantuan yang bakal diberikan adalah projek mitigasi banjir sebanyak RM 1 Billion ringgit dimana ianya akan disalurkan kepada kerajaan negeri. Projek ini merangkumi pelan jangka pendek dan panjang yang menyeluruh dengan jangkaan siap sepenuhnya pada 2020.

Rujukan : http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/11/07/pm-umum-13-projek-tebatan-banjir-bernilai-rm1-bilion-di-pulau-pinang/



Bukan itu sahaja, Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri juga sekali lagi menegaskan kerajaan terus komited untuk berbelanja RM 150 juta untuk projek tebatan banjir di Sungai Pinang. Ini supaya insiden banjir yang berlaku sebelum ini dapat dikurangkan seterusnya memastikan jumlah mangsa banjir dapat dikurangkan. Bagi YAB PM, projek tebatan banjir ini dilakukan demi kesejahteraan rakyat.

Rujukan :http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/11/08/banjir-150-juta/



Bagi kami di #KLChronicle, apa sahaja yang penyokong pembangkang menghina, memfitnah serta mencaci Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, beliau tetap konsisten dalam membantu rakyat Malaysia tidak kira idealogi politik sama ada rakyat yang dibantu adalah penyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Inilah ciri - ciri seorang pemimpin yang adil yang diperlukan negara ini. 

Apa pendapat pembaca?

2 comments:

Cik Minah said...

BODOHLAH KAMU NI.
Kerajaan pusat tukan di bawah BN, memang tanggongjawab KERAJAAN PUSAT
BANTU KERAJAAN-KERAJAAN NEGERI TIME DILANDA BENCANA ALAM. Peneng tu
macamjuga KELANTAN , Selangor, Sabah, Sarawak, Melaka, Pahang, Johor,
Perak, Kedah dan Perlis - SEMUANYA MALAYSIA. Bukan Rohingya di Burma.
Jadi toksahlah kamu berkokok, seolaholah mulia benar si Najis tu
bantu Peneng. Memang dha TANGGONJAWAB KERAJAAN PUSAT bantu KERAJAAN-
KERAJAAN NEGERI.
ADA FAHAM..............???
Kalau tak faham, baca Perlembagaan persekutuan.
Baru boleh jadi blogger yang cerdik.

Cik Minah said...

Semua hasil cukai kerajaan negeri DIAMB IL OLEH KERAJAAN PUSAT,
KECUALI CUKAI YANG BERKAITAN TANAH. Dah ambil semua cukai, kenalah
bertanggongjawab bila Kerajaan Negeri menghadapi bencana alam.
Itu hasil kerajaan negeri bukan hasil kepala bapak, pemimpin BN.
Kalau andainya ada minyak kat Peneng, Kerajaan cukainya tetap
diamb il oleh kerajaan pusat. Kerajaan negeri diberi cuma 5%.
Itu sebab Sabah dan Sarawak menuntut hasil minyak 20%, ada faham
bangang.............??????
Cuma Tanah sahaja di bawah kerajaan negeri.
Kenalah kerajaan negeri buat mac am-macam projek di atas tanahnya
untuk tambah hasil kerajaan negeri bagi membayar belanja pengurusannya.
Kejayaan pemimpin negeri, di nilai daripada surpluss duit reservenya.
Kalau manjang asik defesit macam kerajaan Kelantan, kena tanyalah
MBnya ke mana pergi semua duit cukai b alak yang digondolkan di hutan hutannya.
Lepas ni, jangan lagi kau bukak tajuk bodoh.
Bukan semua orang bodoh macma kau.
Orang baca isi kandungan Perlembagaan Persekutuan, baru boleh bukak cerita.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget