KL CHRONICLE: Hoi @DAPMalaysia, Mana pergi wang derma RM 1 juta untuk mangsa banjir Pulau Pinang? #Negaraku #Malaysia #YP #MCA

Friday, November 10, 2017

Hoi @DAPMalaysia, Mana pergi wang derma RM 1 juta untuk mangsa banjir Pulau Pinang? #Negaraku #Malaysia #YP #MCA


Baru - baru ini, parti Cina Chauvinist DAP telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM 5,000,000 kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Setiausaha Agung parti mereka sendiri iaitu Lim Guan Eng. Wang RM 5,000,000 ini merupakan sumbangan orang ramai, terutamanya warga Malaysia yang prihatin akan nasib rakyat Pulau Pinang yang ditimpa musibah banjir pada minggu lepas.






Apa yang peliknya adalah jumlah wang terkumpul dari program mengutip derma ini adalah RM 6,000,000 juta tetapi HANYA RM 5,000,000 sahaja diserahkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Lebih pelik lagi, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Zairil Khir Johari juga hanya mengesahkan RM 5,000,000 diberikan kepada kerajaan negeri tetapi bisu tanpa memberikan sebarang penjelasan mana baki RM 1,000,000 duit derma tersebut pergi. Adakah baki RM 1 juta tersebut masuk ke akaun DAP?

Rujukan : 
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/penang-dap-raises-over-rm6m-for-storm-relief-hands-rm5m-to-state#VhO67fWhDJ2qBarD.97

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan DAP tidak menyerahkan keseluruhan wang derma RM 6,000,000 yang diterima kepada rakyat Pulau Pinang merupakan satu tindakan yang jijik , kurang ajar dan tidak bertanggungjawab. Objektif utama kutipan derma yang dilakukan oleh DAP adalah untuk membantu mangsa banjir tetapi nampaknya ada pula "Tol" yang dikenakan oleh DAP.  

Selain itu, ianya dengan jelas membuktikan DAP tidak amanah dan telus dalam menguruskan wang derma yang diterima oleh rakyat Malaysia. Jika amaun wang sebanyak RM 6,000,000 pun DAP tidak boleh terus dan urus dengan baik, adakah anda mahu mereka menjadi kerajaan dan menguruskan wang rakyat yang bernilai berbillion ringgit hasil? Silap - silap habis semuanya mereka "sapu". 


Ada lagi macai yang hendak jadikan DAP dan Pakatan Harapan sebagai kerajaan pada PRU - 14 yang akan datang?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget