Semalam negara dikejutkan dengan penyebaran cerita di media sosial yang melibatkan vandalisma keatas tren dan stesen Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang tidak sampai seminggu beroperasi. Projek bernilai berbillion ringgit ini hasil dari kerjasama kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan MRT Corporation telah dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Malang betul kita sebagai pengguna, walaupun kerajaan menyediakan perkhidmatan awam darat bertaraf dunia namun masih terdapat segelintir manusia yang tidak tahu mengunakan kemudahan yang diberi dengan baik sehingga merosakkan harta benda MRT Corporation yang bernilai jutaan ringgit. Kami di #KLChronicle berpendapat sudah tiba masanya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Perlu diingatkan bahawa projek MRT ini merupakan salah satu program Transformasi Pengangkutan Awam Darat yang dibawa oleh kerajaan melalui SPAD. SPAD dan agensi - agensi serta syarikat berkaitan telah bertungkus - lumus dalam memastikan projek MRT ini berjaya dengan kos yang ditetapkan dan lebih cepat dari jadual.
Tidak guna SPAD bersungguh - sungguh menyiapkan kemudahan pengangkutan darat untuk orang awam tetapi kita tidak tahu menjaganya. Oleh yang demikian kami di #KLChronicle ingin menyeru orang ramai jika anda melihat sesiapa sahaja yang melakukan vandalisma keatas MRT, LRT atau sebagainya, laporkan segera kepada operator perkhidmatan ini supaya tindakan tegas dapat diambil.
Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia berfikiran "first world mentality" memandangkan kerajaan juga sudah menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam "world class" untuk kita. Jangan lupa, projek MRT ini juga secara teknikalnya menggunakan duit "cukai" kita jadi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya dengan baik.
Boleh tak?
3 comments:
Lapor je lambat, org yg buat pun hilang tah kemana... Seelok nya org yg nampak ambik video ,upload kat media Dan serahkan pada pihak bertanggung jawap until ambik tindakkan.... Saman, denda atau khidmat masyarakat Selama sebulan... Cuci coach MRT... Biar dia rasa... Ibu bapa yg bawa anak anak pun pastikan anak anak tak buat sampah merata rata...
mentaliti kelas tiga mcm nilah..esok2 besi pun habis dikopak utk dijual..
Perangai monyet yg vandalisme tu
Post a Comment