KL CHRONICLE: Harga jalan paling mahal di Malaysia, MCA bidas kerajaan Pulau Pinang #Negaraku #Malaysia

Tuesday, July 25, 2017

Harga jalan paling mahal di Malaysia, MCA bidas kerajaan Pulau Pinang #Negaraku #Malaysia

Habis rosak kerajaan Pulau Pinang
dapat kat bapa & anak ini
MCA hari ini mempersoalkan kewibawaan serta kejujuran kerajaan negeri Pulau Pinang dalam projek Pan Island Link (PIL 1) yang dilihat terlalu mahal sehingga bakal menjadi jalan raya paling mahal di Malaysia. Jalan PIL 1 ini yang hanya mempunyai jarak sebanyak 19 - 20 kilometer disahkan berharga RM 7. 5 Billion, iaitu hampir RM 385 juta untuk satu kilometer jalan!



Lebih mengejutkan, harga yang tidak masuk akal ini diumumkan sendiri oleh Kerajaan Negeri kepimpinan Lim Guan Eng walaupun sekarang kerajaan negeri berdepan dengan satu lagi skandal maha hebat iaitu skandal terowong dasar laut dan tiga jalan negeri yang berjumlah hampir RM 6.34 Billion ringgit. Lebih mengejutkan dalam skandal terowong Lim Guan Eng ini, kos "rundingan" sahaja bernilai RM 209 juta (Rujukan : http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/686553-tak-masuk-akal-kontraktor-terowong-p-pinang-setahun-jagung-lagi-kaya-daripada-syarikat-bursa-malaysia.html). 

Menyedari bahawa wang dan masa depan negeri Pulau Pinang bakal digadaikan oleh Lim Guan Eng, MCA hari ini mempersoalkan kos PIL 1 dan adakah kerajaan negeri telah merujuk serta meminta nasihat dari Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum menandatangani kontrak yang gila ini dengan syarikat pemaju? Memetik kata  - kata Ketua Pemuda MCA Datuk Michael Lee Beng Seng:

ENGLISH

"This is equivalent to a staggering cost of RM385mil per kilometre – easily the most expensive highway in Malaysia by far.

"This cost is 140% more than the RM161mil per km cost of the planned Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) in Selangor," said Lee in a statement on Tuesday.

BAHASA MALAYSIA

"Kos projek ini bersamaan dengan RM 385 juta bagi setiap kilometer - antara projek lebuh raya termahal di Malaysia setakat ini"

"Kos ini adalah 140% lebih dari RM 161 juta setiap kilometer bagi lebuhraya Kinrara - Damansara Expressway (Kidex) di Selangor"

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Lim Guan Eng dan kerajaan negeri DAP ini adalah tindakan yang langsung tidak bertanggungjawab. Lim Guan Eng pula yang telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah juga nampaknya semakin "gila" membelanjakan wang rakyat sebelum PRU - 14 yang akan datang. 

Mungkin menyedari bahawa mereka bakal kalah pada PRU akan datang, jadi lebih baik mereka habiskan semua duit yang ada sekarang sebelum menyerahkan kerajaan Pulau Pinang kembali kepada BN. Akhirnya yang rugi adalah rakyat Pulau Pinang juga yang "gatal" pergi mengundi DAP pada tahun 2008. Padan Muka!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget