Apa sudah jadi? Tidak cukupkah lagi dengan caj plastik 20 sen? Tidak cukupkah lagi duit rumah urut dan kilang babi haram di Selangor? Tidak cukupkah lagi? Sampai duit orang mati pun hendak dicuri.
Sudah 2 hari, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadakan protes di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selasa lepas berkaitan dakwaan salah guna kuasa dana khairat kematian. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak pun menjawab apa yang dibangkitkan.
Dalam protes itu, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dikatakan menyalahguna dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor dengan jumlah RM200 juta.
Dikhabarkan, semalam Jamal datang ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan membawa bukti berkaitan salah guna kuasa ini yang didakwa beliau mendapat bukti berkenaan dari Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli.
“Kamu nak tahu mana saya dapat bukti ini? Saya dapat dari rakan baik saya YB Rafizi Ramli,” kata Jamal kepada pengamal media di pejabat SPRM.
Dalam dokumen bukti itu, ada sembilan Ahli Parlimen yang bukan dari dalam negeri Selangor mendapat peruntukan dana melalui dana SMUE yang disalurkan di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Dalam bukti iaitu sepucuk surat dari Perbendaharaan Negeri Selangor bertarikh 13 Disember 2013 kepada Pengurus cawangan Ambank memohon membuka akaun SMUE. 9 ahli parlimen pembangkang itu adalah :
1) Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai,
2) Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw,
3) Ahli Parlimen Batu, Tian Chua
4) Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong.
5) Ahli Parlimen Bandar Tun Razak,
6) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
7) Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzh Anwar,
8) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok
9) Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Kesemua mereka dikatakan ada kaitan dengan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM10 juta.
"Mengapa wakil rakyat bukan dari Selangor tapi Wilayah Persekutuan yang mendapat dana ini?" soal Jamal.
Selain itu, ketika protes di Shah Alam, ada keraguan timbul tentang penggunaan peruntukan dana dalam SMUE ini apabila ia dikatakan digunakan untuk tujuan lain bukan membantu rakyat negeri itu.
“Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali tentang peruntukan sebanyak RM200 juta. Di manakah jumlah peruntukan ini? Adakah ia dari sumber halal?
“Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, terdapat beberapa keraguan dalam penggunaan peruntukan SMUE ini yang dilakukan beberapa wakil rakyat atau penyelaras DUN Selangor dan Wilayah Persekutuan. Mereka menggunakan peruntukan ini untuk tujuan lain, bukan membantu rakyat Selangor, tetapi untuk kerja kahwin mereka,” katanya.
Pihak SPRM sewajarnya menjalankan siasatan menyeluruh dan memberi keutamaan terhadap kes ini kerana dakwaan kecurian wang RM10 juta duit khairat kematian ini
adalah sesuatu yang besar dan serius.
Rakyat Selangor dan kesemua 4,000 orang waris yang terlibat perlu tambil ke hadapan untuk menuntut penjelasan sebenar mengenai RM10 juta ini.
Azmin Ali akan terus diam. Jangan terkejut jika Azmin selepas ini membuat "diversion" dengan cerita cerita karut. Sudah pasti isu ini Azmin akan diam tetapi rakyat tidak boleh diam. Tanya lagi apa jadi pada RM10 juta duit khairat kematian?
No comments:
Post a Comment