KL CHRONICLE: Himpunan #RUU355 Bakal Singkirkan Parasit Dalam PAS

Saturday, February 18, 2017

Himpunan #RUU355 Bakal Singkirkan Parasit Dalam PAS


Esok, dianggarkan kira-kira 200,000 orang dijangka menghadiri Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 yang akan diadakan di Dataran Merbok menurut Nasruddin Tantawi.




Himpunan berkenaan juga tidak mendapat sebarang halangan daripada pihak berkuasa dan ia dibenarkan diadakan di situ.

Ia bakal menghimpunkan tokoh-tokoh seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Presiden Pas yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Namun apa yang pasti, himpunan anjuran PAS ini akan menyaksikan parasit yang selama ini berada di dalam parti itu tetapi dalam masa yang sama menyokong pakatan harapan akan disingkirkan.

Bagaimana caranya? Ianya mudah kerana pakatan harapan terutama DAP tidak menyokong RUU, justeru sesiapa yang tampil senada dengan parti itu, sudah semestinya menjadi parasit.

Selain DAP, Parti Amanah Negara (PAN) juga menolak RUU malah Khalid Samad, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) pada tahun lepas telah menolak cadangan usul persendirian berkenaan pindaan RUU yang dibawa oleh Presiden PAS. 

Begitu juga Mahfuz, walaupun menyokong RUU tetapi beliau tidak bersetuju himpunan itu diadakan di jalanan.

"Kalau tanya saya sokong ke tidak Akta ini dipinda, saya akan undi sokong tetapi soal sama ada saya akan hadir ke tidak untuk menyokong Himpunan RUU 355 nanti, saya akan tentukan nanti.

"Ini kerana bagi saya, dengan membentangkan ia ke dalam Parlimen sahaja dah cukup. Tak perlu bawa ia ke jalanan,” katanya kepada The Malaysian Times (TMT) pada 19 Januari lalu.

Tetapi hairannya beliau boleh pula turun menyertai himpunan haram Bersih 5 yang diadakan di Dataran Merdeka pada tahun lepas walaupun PAS secara jelas menyatakan ia tidak menyokong himpunan Bersih itu.

Memang tindak tanduk Mahfuz selama ini yang gemar mengkritik parti juga mencetuskan kemarahan beberapa pemimpin PAS hinggakan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencabar beliau supaya keluar dari parti itu.

Malah dalam banyak perkara, Mahfuz seolah-olah menjadi jurucakap PAS walaupun tanpa diminta. Beliaulah yang kerap bersuara hinggakan suatu masa dulu ketika bekas ahli PAS menubuhkan parti serpihan PAN, ramai yang menyangka Mahfuz akan ikut serta.

Hari ini geng geng parasit tidak akan berani turun di Padang Merbok. Mereka takut pada DAP dan PAN. Maka tersingkirlah parasit esok keluar dari PAS.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget