KL CHRONICLE: @LiowTIongLai beri jaminan keselamatan KLIA2 berada pada tahap memuaskan

Thursday, February 16, 2017

@LiowTIongLai beri jaminan keselamatan KLIA2 berada pada tahap memuaskan


Susulan kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam yang dibunuh oleh pembunuh upahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) beberapa hari yang lepas, pihak pembangkang nampaknya menyalahkan pihak keselamatan negara kita atas kematian ini dan mahukan keselamatan KLIA2 dipertingkatkan serta merta bagi mengelakkan perkara ini dari berulang. 



Pertama sekali, pihak pembangkang seperti Lim Kit Siang nampaknya sudah ketandusan idea dan "modal politik" sehingga pembunuhan Kim Jong Nam ini menjadi satu isu politik oleh parti DAP untuk menyerang Barisan Nasional. Bagi Lim Kit Siang yang malas membaca, pembunuhan Kim Jong Nam ini dilakukan oleh pembunuh yang pakar yang hanya menyerang Kim Jong Nam dan bukan menyerang orang ramai. 





Kedua, pembunuhan ini telah dilakukan diluar kawasan imigresen i.e. ianya berlaku di tempat awam di kaunter daftar masuk atau "check in" . Oleh yang demikian, bukan salah pihak imigresen atau pun polis lapangan terbang jika satu serangan telah berlaku kerana ianya mustahil bagi pihak polis lapangan terbang untuk mengesan satu serangan "ad hoc" sebelum ianya dilaksanakan. 

Namun demikian, memetik kata  - kata Yang Berhormat Menteri Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau memberi jaminan bahawa keselamatan semua lapangan terbang termasuk KLIA2 kini berada pada tahap memuaskan.
 Ini terbukti apabila sehingga hari ini, hanya satu pembunuhan yang berlaku di lapangan terbang seluruh negara dan ianya melibatkan orang kenamaan negara asing dan dilakukan oleh pembunuh upahan. Tidak pernah lagi rakyat tempatan dibunuh di lapangan terbang negara. 

Selain itu. pihak polis juga telah menjalankan kerja yang sangat bagus apabila tiga suspek telah ditangkap dan siasatan masih dijalankan untuk menahan baki suspek yang terlibat dalam kes ini. Secara keseluruhan fitnah jijik Lim Kit Siang yang mengatakan bahawa lapangan terbang serta negara ini tidak selamat adalah merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan kurang ajar. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget