Walaupun parti Pribumi Mahathir baru ditubuhkan dan masih menunggu “greenlight” dari pihak berkuasa, namun kesan penubuhannya akan mendatangkan impak yang besar di masa akan datang.
Jika ditanya kepada para pentaksub Mahathir tentu sekali pendapat mereka tidak boleh digunapakai lagi untuk menilai sesuatu perkara kerana penilaian mereka berpaksikan pemujaan idola dan bukan atas sebab kebenaran sesuatu perkara.
Parti Pribumi yang cuba diketengahkan sebagai parti Bersatu tetap akan dipanggil parti milik Mahathir anak beranak.
Ia terlahir atas sebab kekecewaan dan atas sebab plan A sampai Z sudah gagal untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun parti ini boleh dianggap sebagai “New kid in the block” ataupun “Johnny come lately” namun ia dipenuhi oleh orang orang tua zaman "jurasic" seperti Tun Mahathir , Muhyiddin Yassin, Tun Daim dan Sanusi Junid dibelakangnya.
Ketika parti Mahathir ini ditubuhkan ianya disambut sebagai satu kejayaan oleh ProTun dan Pro-anarki atas sebab kononnya untuk “Selamatkan Malaysia” dan hapuskan UMNO.
Ketika pemimpin UMNO membuat penjelasan berkenaan parti baru ini mereka menyatakan tidak akan terjejas dengan kelahiran parti orang kecewa ini, ramai pentaksub dan Protun mencemeh dan menjadikan ia bahan lawak jenaka.
Namun apabila dikaji semula, ataupun "on second thought", apa yang pemimpin UMNO nyatakan adalah amat betul dan tepat.
Baru sahaja bermula, pembangkang sudah kehilangan 2 kerusi yang mereka tidak boleh tanding milik Mukhriz dan Muhyiddi.
Jika tidak pada kerusi sama , maka tetap rugi juga jika 2 individu ini lari ke kerusi lain, dan tentu sekali kerja negotiasi dijalankan untuk tidak ganggu kerusi Shafie Apdal.
Maka ini membuktikan awal awal lagi Pakatan sudah kehilangan 3 kerusi.
Bukan terhad pada 3 kerusi ini, bahkan demi mahu anaknya mewarisi kuasa supaya dapat meluluskan banyak perkara sulit yang tersekat, tentu sekali Tun Mahathir akan mencari helah untuk bertanding lebih kerusi lagi.
Kerusi siapakah yang akan terkorban yang selama ini menjadi pesaing kepada kerusi UMNO?
Maka kek yang sama perlu dikongsi dengan kawan baru , dan banyak perundingan terpaksa dilakukan demi untuk mengelak dari pertandingan 3 atau 4 penjuru.
Maka yang nyata adalah kerugian kepada DAP, PAN, dan PKR.
UMNO tetap bertanding dengan tidak kira siapa pun yang dicalonkan dari pihak Pakatan, tetapi pakatan akan terpaksa berunding siapa yang akan menghadapi UMNO.
Maka, bala bukan untuk UMNO tetapi untuk Pakatan.
Dengan berkobar kobarnya individu tertentu dari PERKASA misalnya dan mereka mereka yang memuja Tun M, tentu mereka juga mahu diketengahkan menjadi calon dan wakil Parti Pribumi.
Persoalannya, kerusi siapa yang bakal terkorban untuk beri laluan kepada Pribumi? PKR? DAP? Atau PAS? Jika masih mahu bersama Pakatan.
Jadi inilah dikatakan bala untuk Pakatan, dan kelahiran Parti Pribumi Tun Mahathir hanya bakal kucar kacirkan Pakatan dan menjadi "advantage" kepada UMNO.
Tidak perlu dengar pendapat dari mana mana pihak ProTun kerana hidup mereka hanyalah dalam penafian.
Mereka menafikan Tun sudah mencium kaki DAP, mereka menafikan PERKASA akan jadi NGO "Mak Nyah" yang tidak berani sentuh perkauman DAP sebab mahu jaga hati, seperti mana Tun Mahathir bertukar dari harimau kepada kucing belaan apabila takut menegur rasuah Guan Eng dan DAP.
Politik jaga hati terpaksa diamalkan oleh Tun Mahathir dan kuncu
nya kerana sudah terjebak dengan DAP untuk menjatuhkan kaum sebangsa seagamanya UMNO.
Benar lah juga pendapat setengah orang , di mana ada Mahathir di situ akan ada kerosakan dan kucar kacir , kerana politik Mahathir adalah politik agenda peribadi.
Ketika dalam UMNO dulu kerana semua kehendak peribadinya dilayan sendiri sehinggalah datang Presiden parti yang enggan melayan kehendak peribadinya.
Kesetian Mahathir hanyalah kepada kehendak peribadi sahaja, tidak pernah kepada parti, selama dapat menggunakankan UMNO selama itulah dia setia.
Sama juga di waktu ini, dia setia kepada DAP, Azmin PKR dan PAN kerana ada motif peribadi boleh dicapai melalui mereka, lihat dan tunggu apabila tidak dapat nanti.
Parti Yang 22 tahun jadikan dia PM yang kayakan dia pun dia boleh campak begitu sahaja apalah sangat geng baru ini.
bila dia tidak dapat jumlah kerusi yang dia mahu pada PRU14, lihat lah nasib kamu Pakatan Harapan.
Jangan cakap kami tidak pernah pesan.
Tulisan :
Beruang Biru
BB14, Isnin
22 Ogos 2016
1 comment:
Pada setiap zaman pasti akan muncul Sikitul
Post a Comment