KL CHRONICLE: @weekasiongmp : UMNO, MCA & MIC Bukan Parti Perkauman

Tuesday, August 23, 2016

@weekasiongmp : UMNO, MCA & MIC Bukan Parti Perkauman




Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir Wee Ka Siong hari ini membidas sikap tidak bertanggungjawab pemimpin pembangkang yang nampaknya cuba memperbodohkan rakyat Malaysia dengan penipuan tidak berasas mereka. Kali ini, mantan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ditempelak oleh  Datuk Seri Dr. Ir Wee Ka Siong kerana memanggil parti - parti komponen Barisan Nasional iaitu UMNO, MCA dan MIC sebagai parti yang rasis dan perkauman. 



Menurut  Datuk Seri Dr. Ir Wee Ka Siong, antara syarat utama dari pihak British sebelum memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu adalah memastikan bahawa kaum pendatang yang dibawa oleh British dari Negara China dan India diterima sebagai warganegara dan wakil - wakil mereka harus memenangi pilihanraya pertama negara ini. Menyedari hakikat ini, parti UMNO, MCA dan MIC ditubuhkan untuk memperjuangkan bangsa masing - masing dibawah satu ikatan yang diberi nama Parti Perikatan. 

Parti Perikatan inilah kemudian bertukar kepada Barisan Nasional yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri. Oleh itu, kenyataan Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan bekas pemimpin UMNO bahawa UMNO, MCA & MIC merupakan parti yang rasis adalah tidak benar sama sekali. 

Perlu diingatkan, UMNO, MCA & MIC tidak pernah bertanding dibawah bendera parti mereka namun mereka bertanding dibawah bendera Barisan Nasional yang merupakan satu barisan 14 buat parti pelbagai kaum dan agama. Namun, ini tidak berlaku didalam pihak pembangkang dimana DAP, sebuah parti chauvinist Cina tetap bertanding dibawah logo "roket" mereka, PAS dibawah logo "bulan" mereka dan sebagainya. Ini membuktikan sebenarnya parti pembangkanglah yang merupakan parti rasis dan perkauman. 

Namun sayangnya, masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh pembangkang. Malah, kini dakyah yang sama juga dibawa oleh bekas pemimpin UMNO yang kecewa. Kami di #KLChronicle berharap rakyat di negara ini sudah pandai membezakan antara parti yang betul - betul berkhidmat demi rakyat dan parti yang hanya memberikan retorik semata - mata tapi tiada langsung politik khidmat bakti. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget